Saturday, April 14, 2012

Aspirasi 1Malaysia kalangan pelajar

KUANTAN 13 April - Pengetua sekolah perlu memainkan peranan untuk menerapkan lapan nilai aspirasi yang menjadi teras gagasan 1Malaysia di kalangan pelajar sekolah yang merupakan generasi pelapis masa depan negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, lapan nilai aspirasi itu adalah budaya ilmu, integriti, ketahanan, kesetiaan, kebijaksanaan, budaya ketepatan, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi.

Beliau berkata, aspirasi negara terhadap pengetua sebagai penjana modal insan cemerlang menuntut komitmen yang tinggi daripada mereka di semua sekolah di seluruh negara.

"Generasi pelapis yang kini berada di bangku sekolah perlu diterapkan dengan kelapan-lapan nilai aspirasi 1Malaysia itu secara berkesan dan terancang oleh pengetua dengan dibantu oleh warga pendidik yang berada di sekolah masing-masing," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia, 14 April 2012



1 ulasan:

Kelanaputera Dungun said...

INILAH SATU MATLAMT PENDIDIKAN GENERASI ZAMAN GLOBAlISASI DAN LIBERALISASI YANG PERLU DI PERKASAKAN - MEMPERKASAKAN MINDA HATI BUDI GENERASI BARU MALAYSIA...selamat mempertahankan kedaulatan dan ketuanan bangsa kita agar tidak hilang roh dan jasad BUDAYA DAN SEMANGAT MELAYU MALAYSIA.
"Kami cintai Malaysia"

Post a Comment