Friday, April 13, 2012

Kementerian Pelajaran Tidak Anaktirikan Sekolah Cina Dan Tamil: Muhyiddin


SHAH ALAM, 12 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran tidak pernah menganaktirikan atau memberi layanan berbeza kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina atau Tamil.

"Kita tidak pernah memberi layanan berbeza hanya kerana ia sekolah Cina atau Mandarin tetapi ada persepsi pemikiran sesetengah pihak termasuk pembangkang... oh, sekolah Cina kita ketepikan, sekolah Tamil kita ketepikan, sekolah kebangsaan kita utamakan," katanya pada majlis perjumpaan beliau dengan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sempena lawatan beliau ke Selangor di bawah Program Nurani Rakyat Barisan Nasional Selangor di sini Khamis.

Sambil menyifatkan kedua-duanya merupakan sebahagian penting dalam sistem pendidikan negara, beliau berkata Kementerian Pelajaran mahukan sekolah-sekolah jenis kebangsaan mempamerkan prestasi yang baik dan banyak sekolah kedua-dua aliran ini setanding pencapaiannya dengan sekolah-sekolah kebangsaan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan mengutamakan sekolah kebangsaan kerana ia adalah dasar dan sistem negara tetapi sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil tidak boleh diketepikan

No comments:

Post a Comment