Saturday, March 31, 2012

RM43.6 bilion pinjaman PTPTN diluluskan sejak ditubuh



TEMERLOH 30 Mac - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meluluskan pinjaman pendidikan berjumlah RM43.6 bilion kepada seramai 1.95 juta peminjam sejak ia mula ditubuhkan sehingga akhir Februari lalu. 

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, peruntukan untuk tahun ini sahaja dijangka mencecah RM5 bilion lagi iaitu membabitkan RM3.37 bilion diberikan kepada peminjam atau penerima sedia ada dan sebanyak RM1.68 bilion lagi kepada peminjam baru.

Katanya, pinjaman itu bagi membolehkan para pelajar membiayai pelajaran masing-masing tanpa menghadapi sebarang masalah dan ia merupakan agenda utama kerajaan dalam memperkasakan pendidikan negara.

‘‘Deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga 29 Februari lalu pula berjumlah RM598.22 juta membabitkan 1.2 juta pemegang akaun tersebut dan jumlah itu tidak termasuk pengeluaran simpanan sebanyak RM38.44 juta.

Sumber : Utusan Malaysia online,31 Mac 2012


No comments:

Post a Comment