Thursday, April 26, 2012

Kecemerlangan dan motivasi UPSR, SK Pasir Tinggi

KUALA TERENGGANU - Benarlah seperti mana kata cerdik pandai " hasil yang luar biasa hanya mampu dicapai oleh manusia-manusia biasa tetapi berfikir dan bertindak secara luar biasa ". Manusia luar biasa baik dari segi fizikal ataupun spritual tidak ada. Umumnya manusia adalah sama .Namun yang mampu membezakan kita dengan orang lain ialah cara berfikir dan bertindak kita.

Begitulah yang kami dapat rumuskan secara literalnya pimpinan sekolah dan warga SK Pasir Tinggi, Hulu Terengganu. Walaupun sekolah kecil tetapi jiwa dan usaha pimpinan sekolah, guru, ibubapa dan murid-murid  yang besar dan luarbiasa SK Pasir Tinggi mampu mencipta kecemerlangan. Keputusan UPSR Tahun 2011, serama 12 orang dari 35 calon memperolehi 5A. Lulus semua matapelajaran pula ialah 71.47% dengan Gred Purata Sekolah 2.01.

Namun mengikut YM Tuan Abdul Manaf , Guru Besar, SK Pasir Tinggi  meletakkan sasaran UPSR 2012 dengan 14 orang mampu capai 5A. Sementara target lulus semua mata pelajaran 100% dan GPS 1.70. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan aluan di Majlis Kecemerlangan dan Motivasi UPSR, SK Pasir Tinggi di Seri Indah, Beach Resort, Batu Buruk pagi ini.

Ketua Unit Sekolah Rendah, En. Jelani Sulong yang telah merasmikan program berkenaan yakin bahawa SK Pasir Tinggi mampu menjadi sekolah yang cemerlang melalui pimpinan Guru Besar dan GPK serta guru-guru hebat dan tinggi iltizamnya. Beliau berharap 35 orang murid Tahun 6, 2012 mampu menyahut cabar dan membuktikan bahawa mereka adalah murid dan anak yang hebat.

Tahniah SK Pasir Tinggi, semoga terus maju dan terbilang.




1 comment:

  1. shafruddin ali hussinApril 27, 2012 at 2:36 PM

    Tk tuan jelani bin sulong...

    ReplyDelete