Monday, June 18, 2012

Pemantauan Pengurusan Sekolah SK Pulau Perhentian

BESUT - Unit Sekolah Rendah telah melaksanakan pemantauan pengurusan sekolah di SK Pulau Perhentian, Besut, Terengganu pagi tadi. Rombongan terdiri daripada pegawai Unit Sekolah Rendah dan Penyelia Kanan PPD Besut diketuai oleh En.Zakariah bin Ali, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Terengganu. Mereka tiba di Pulau Perhentian petang semalam.

SK Pulau Perhentian adalah antara salah satu sekolah yang di kategori sebagai sekolah pedalaman di mana setiap guru dan kakitangan yang berkhidmat di sini menerima elaun khas pedalaman RM500 sebulan. Perjalanan dengan bot laju dari jeti Kuala Besut ialah 15 hingga 20 minit.

Banyak perubahan telah berlaku berbanding dengan lawatan kami terdahulu. Guru-guru nampak lebih ceria dan bersemangat di bawah pimpinan Guru Besar yang baru. Dua blok kuaters guru baru tersergam mengadap teluk antara Pulau Perhentian Kecil dan Taman Laut Pulau Perhentian Besar.

Ketua Sektor dalam taklimatnya  melahirkan rasa penghargaan terima kasih kepada semua warga sekolah dan mahu mereka melihat sudut pandang positif mengapa Allah mentakdirkan mereka mengajar di SK Pulau Perhentian. Beliau juga berbangga dengan ikatan dan kerjasama antara guru dan penglibatan guru dalam komuniti pulau. Beliau mahu semua guru sentiasa positif dan memberi khidmat terbaik kepada anak-anak pulau. Kemiskinan bukan alasan jitu untuk mengatakan anak-anak pulau tidak boleh berjaya. Tegas beliau YB Ecxo Kesihatan Negeri Terengganu adalah contoh personaliti unggul anak Pulau Perhentian yang berjaya.


2 comments:

  1. GURU-GURU BERES DOH TAPI GB...........

    ReplyDelete
  2. Demo pilih lagu mano pelantikan guru besar pulau..kawe tengok guru besar baru tidak layak langsung jadi guru besar..tidak ada langsung ciri-ciri pelantikan guru besar yang USR post dalam blog..dari sudut ict tidak pandai..kebajikan pekerja tidak ambik tahu..perhubungan dengan pekerja dan komuniti pulau tidak langsung wujud..GB yang pentingkan diri sendiri..GB salah guna kuasa penyelewengan..

    ReplyDelete