" Cikgu boleh tuntut balik tambang, makan-minum dan perkara yang dibenarkan oleh pekeliling" , kata Ayu, Pembantu Tadbir Kewangan di jabatan aku. " Surat arahan dari doktor HSNZ merujuk cikgu ke IJN sudah menjadi sumber dokumen sokongan dan cikgu boleh bawa seorang pengiring", tambah Ayu sambil memandang aku.
"Terima kasih Ayu atas penerangan ini. Saya kurang jelas hal ini selama ini", balas aku dengan sedikit terharu.
Bila kembali ke pejabatku sambil bersandar aku menyorot kembali masa silam. Masa mula berkhidmat sebagai guru dengan gaji RM585.00 (kelulusan HSC) dan gaji terakhir skim sekitar RM1,305. Kini gaji dah mencecah angka lima di depan. Syukur, biarpun tidak mewah tapi boleh tanggung anak isteri belajar sampai universiti. Cukup makan pakai kami sekeluarga. Dapat beli rumah dan kereta. Semuanya berkat kerja sebagai penjawat awam atau kakitangan awam.
Seingat aku sejak dikesan menghadapi masalah jantung akhir tahun 2008 dah banyak kali ke hospital dan entah berapa banyak ubat jantung yang mahal-mahal aku dapat. Sudah dua kali buat engiogram.Mengikut maklumat yang aku dengar kalau dekat hospital swasta sekali buat angiogram mahu berbelas ribu. Malah Dr. Zulkifli, Pakar Jantung HSNZ semasa mencabut jarum tempat buat angiogram di paha aku bercakap dengan beberapa doktor yang sedang buat pengajian lanjutan aku dengar beliau berkata kalau dekat hospital swasta bayaran untuk doktor yang buat angiogram ialah RM1,900.00 seorang. Kata beliau lagi bayaran untuk tekan tempat angiogram agar darah berhenti dan stabil RM200.00 selama 10 - 15 minit sahaja. Begitu juga bayaran jika menggunakan khidmat kepakaran di IJN begitu tinggi.
Walau bagaimanapun hingga saat ini aku belum pernah mengeluarkan satu senpun. Semua kerana sekeping kertas yang dikenali sebagai surat jaminan a.k.a " guarantee letter". Surat yang memperakusahkan bahawa aku sebagai kakitangan awam atau pegawai kerajaan. Alhamdulillah, syukurlah kerana aku diberi peluang dan diambil berkhidmat sebagai kakitangan awam oleh kerajaan. Kalau tidak, tak tahulah bagaimana aku mahu cekau mencari wang sebanyak itu.
Banyak lagi faedah-faedah yang kita dapat sebagai kakitangan awam. Bersyukur sesiapa yang dilantik sebagai kakitangan awam kerana sekali anda dilantik faedah,manafaat serta nikmatnya akan berakhir hingga ke liang lahad. Tidak kira apa pangkat, jawatan dan gaji anda, sebagai kakitangan awam anda berhak menikmati faedah dan manafaat yang kerajaan sediakan.
Apa yang penting sebagai imbalan daripada faedah-faedah itu apakah kita telah memberi perkhidmatan dan kesetiaan terbaik dan setimpal dalam melaksanakan amanah kerajaan atau "goverment on the day". Sesungguhnya jika kebaikan yang kita kerjakan walau sebesar zarah, maka sebesar zarah jugalah kebaikan yang dibalas. Begitulah juga jika kejahatan sebesar zarah kita lakukan maka sebesar zarah juga balasan kejahatan yang bakal diterima. Bersyukurlah dengan nikmat kehidupan yang Allah kurniakan melalui kerjaya kita sebagai penjawat awam.
Pencen ajelah, kalau selalu sakit.
ReplyDeleteHehehe tak payah beritahu kita sedia maklum bila tiba masanya.Masej yang kita sampaikan mudah, ada jenis yang tidak tahu bersyukur, sihat tapi pemalas, hidup menjadi beban dan objek dosa kepada ketua dan rakan-rakan.
ReplyDeleteKedua banyak faedah / manafaat yang menjadi hak kakitangan awam tapi tidak diketahui. Bukan macam ada yang bodoh sombong. Tidak tahu tapi buat macamlah dia lebih tahu. Lepas tu nak marah dan maki hamun.
Haha..bagus2 jawapan tu..yg konon keyboard warrior tu harap je nama muslim..tp perangai dh mcm ikut setan..
ReplyDelete