Lantikan itu dibuat susulan kelulusan perjawatan baru itu oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Mei lalu selepas semua guru terbabit ditemuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Keputusan ini membolehkan guru terbabit yang selama ini berada pada jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) disahkan ke jawatan PPPS dengan Gred DG41
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata mereka yang terbabit adalah lepasan diploma yang sudah menamatkan Program Pensiswazahan Guru membabitkan Kohort 2,3,4, dan 5. Katanya kelewatan pengesahan jawatan mereka disebabkan Kementerian Pelajaran menunggu kelulusan Bahagian Perbendaharaan dan JPA untuk meluluskan perjawatan baru berkenaan, sekaligus menyebabkan guru-guru yang sudah disiswazahkan terpaksa menunggu.
Setakat ini, beliau berkata, guru siswazah di sekolah menengah seluruh negara sudah mencatat 91 peratus, manakala di sekolah rendah pula berada pada kadar 39.8 peratus.
"Insyaallah, matlamat mensiswazahkan semua guru akan tercapai sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang berakhir pada 2016", katanya selepas Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Parlimen Batu Pahat di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa Sengarang, dekat sini, semalam.
Mei lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sambutan Hari Guru ke-41 di Kuala Kangsar, Perak, mengumumkan 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikkan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini.
Februari lalu pula, Berita Harian melaporkan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, mendedahkan 15,000 guru lepasan ijazah seluruh negara belum menerima kenaikan gaji Gred DG41, walaupun melepasi temuduga sejak dua tahun lalu.
Keadaan ini menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang terpaksa membuat pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan peribadi bagi menampung kos menyambung pelajaran masing-masing selama ini.
Mohd Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, berkata seramai 66, 124 guru lagi akan disiswazahkan menjelang 2016 dengan pengambilan baru mengikuti Program Pensiswazahan Guru bermula September depan.
Sumber : Berita Minggu, Ahad (24 Jun 2012) muka surat 12.
Bacaan tambahan di Utusan Malaysia online
Kita berdoa dan berharap ianya menjadi kenyataan. Dalam isu ini sama ada program pkpg,pjj atau apa sahaja program yang dilulus dan dibenarkan KPM untuk guru PPLD dapat ijazah patut diletak di bawah Program Pensiswazahan Guru agar salah faham dan polimik dapat dihindarkan.
ReplyDeleteberita agak kabur kerana tidak sebut secara khusus.agak-agak lepasan pjj OUM-KPM akan terlibat atau tidak...untuk rekod saya adalah calon yang menolak tawaran pelantikan dulu.ikutkan pekeliling tidak perlu temuduga baru,cuma sekeping surat lantikan sahaja lagi..
ReplyDeleteboleh percayer ker.........!!!! dah banyak kali guru kena tipu.
ReplyDeletenaik muak dah dengan janji kosong.!!
ReplyDeleteMASALAHNYA GURU YANG ADA MASTER KENAPA DUDUK DI TAKUK TU AJE. BUAT LAH SESUATU. SEDANGKAN GURU YANG BERKELULUSAN MASTER TAK LAH SERAMAI GURU YANG ADA IJAZAH PERTAMA. ITU PUN NAK CAKAP BANYAK KALI KE?
ReplyDeleteYa, bersusah payah baru boleh dapat degree terutamanya bagi kami yang sudah berumahtangga. Tetapi akhirnya kena tunggu lagi untuk dilantik. Apa yang diberitahu oleh pihak SPP adalah buat sementara ini tiada kekosongan bagi jawatan gred 41. Risau bila diberi lantikan DG41, itulah waktu saya sudah nak pencen!
ReplyDeleteHairan juga bila byk pihak mcm tak ada link antara satu jbtn dgn satu jbtn lain. Pihak SPP Kt gantung, pihak KPM kt akan lantik.Rasa mcm main tarik tali je utk menyedapkan hati guru yg malang ni. Lebih sakit hati bila dgr jwpn drp pgwai SPP yg byk dalihnya. Guru oh guru..
ReplyDelete15 Jun spp keluarkan pekeliling pembatalan pekeliling bil 1/2010 ttg pmbatalan lantikan dg41 pjj. 24 Jun menteri keluar statement akn lantik. Yg mana betul? Setahu saya, spp kata tak ada perjawatan. Kalau dah tahu ada masalah perjawatan, buat apa buka lg tawaran utk guru dpt kn ijazah? Bila dh dpt ijazah, layan mcm sampah.
ReplyDeleteKohort 1 yg telah lulus temuduga dan diperakui ke lantikan tetap pun belum selesai dilantik.. Sepatutnya pelantikan berkuatkuasa 2010.. Sekarang dah 2012.. Berapa lama kena tunggu?? Guru2 yang terlibat dah tua2.. Takut tak sempat merasa DG41... Apa pula nasib kohort 2 dan saeterusnya?????
ReplyDeleteberkat kesabaran rezeki itu akan datang jua.yang penting ilmu yang telah diperolehi itu dapat diterjemahkan kepada anak didik. setidak-tidaknya impian untuk memegang segulung ijazah sudah pun menjadi realiti.syukur dapat sambung belajar di universiti secara free lagi tak macam yang lain. alhamdulillah.semoga jadi guru berjiwa guru.
ReplyDeleteSaya adalah guru Kohort 1 yg telah lulus temuduga pada 2011 dan diperakui ke lantikan tetap dan Sepatutnya pelantikan berkuatkuasa pada 2011 Sekarang dah 2012.. Guru yang terlibat dah tua..
ReplyDeleteSalam terima kasih kerana permainkan kami warga pendidik. KERA DIHUTAN DISUSUKAN ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN. Dulu masa sekolah dengar cakap cikgu tu yang boleh jadi Orang Besar sampai Jadi Menteri. Bila duduk kat atas tendang guru-guru nie macam bola. Alhamdulillah. Inilah Tanda Orang Bijaksana. Terima Kasih Kerana Pandai Berguru Dengan Guru-Guru. Kata M Daud Kilau.....Hai ketawalah lagi......
ReplyDeleteSaya dr kohot2,46tahun masih dlm DG32. Manakala graduet yg muda-muda pun dapat masuk
ReplyDeleteDG44(umur 32tahun), DG48(umuhr 40 tahun). Bayangkan perasaan saya-----sentiasa disindir, bebean kerja sama, tugas semakin banyak berbanding dgn mereka.Tapi, gaji pula kurang byk.
dg
Cakap Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi ini pun bukan boleh percaya sangat. Menurut seorang rakan saya di Perak, beliau (Dr Mohd Fuad) telah menggunakan kuasanya sbg Timb. Menteri Pelajaran untuk mengekalkan seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di Perak yg sepatutnya telah bertukar ke sekolah lain dgn mengenepikan surat arahan pertukaran yang telah ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perak dan disokong pula oleh Tuan PPD. Beliau berbuat demikian dgn alasan pengetua tersebut adalah kawan baik kpd bekas teman wanitanya dahulu. Kuasa org politik, begitulah..
ReplyDeletekawe lama doh tak percaya kat KPM,,, apa lagi menterinya...byk auta...
ReplyDeletePRU dah dekat.......auta pun makin byk...
ReplyDeleteAllah sentiasa bersama dgn org yg dianayai. Mari kita pakat solat dan doakan semoga malaun-malaun kat KPM tu sedar akan perbuatan mereka. Dunia hanya sementara bro. Atas dunia bolehlah permainkan cikgu-cikgu. Akhirat kelak- jawaplah engkau depan Rabbi Alamin......
ReplyDeletedah ada perlantikan... check pada spp (permohonan) tarikh lantik 15.8.2012
ReplyDeleteTarikh surat tawaran 15.8.12.
ReplyDeletetarikh lantikan ikut semasa or ikut pekeliling 2010..
ReplyDeleteKita kena permainkan. Di sekolah kita boleh main2 juga...
ReplyDeletePRU tak lama lagi.. kalau masalah DG41 PJJ pun tak dapat diselesaikan buat apa simpan lama2.. Cuba yang baru mungkin lebih baik...
ReplyDeletePihak kerajaan dan KPM kena ambil serius isu DG41 PJJ ni kerana ia melibatkan ribuan guru yang mempunyai pengaruh yang besar dalam PRU nanti.. Kekecewaan mereka ini akan membawa kerugian besar kepada kerajaan sekiranya isu ini tidak selesai sebelum PRU 13 ini.. Harap dapat perhatian dari pihak yang berkenaan..
ReplyDeleteBetul tu.. Apa makna JANJI DITEPATI?
DeleteTak payah percayalah..... Cikgu dah banyak kali kena tipu.... suruh belajar tapi perjawatan pentadbiran di sekolah rendah tetap takut lama.
ReplyDeletesaya tel spp katanya surat tlh diturun kpd KPM demi penempatan semula,sungguhpun di e-permohonan dah tercatat tarikh surat tawaran dikeluar pd 3 SPT 2012 , sehingga kini surat masih blm diterima,adakah kita org ni tertipu?ada sesiapa yg senasib spti saya?
ReplyDeleteSaya pun x dpt lagi. Entah di mana silapnya.
ReplyDeletesaya juga di e semakan juga tidak sebut tarikh tawaran wlp saya telah temuduga.
ReplyDelete