Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih
muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang
menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket
seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai
singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam
mata ayah. Kedua-dua
kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah
rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan
pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan
kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas
mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam
tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan
sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai,
ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah
sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar
kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap
adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.
Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan
yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal
dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup
mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan
menangis kak,semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana
tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah
kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat
tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan
menyambung pelajaran ke peringkat
pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak
tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah,
kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku
terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai
mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia
berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain
pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik.
Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa
mengemis kerana persekolahan
kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia
takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku
memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan...biarlah kakak yang
berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada
dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada.
Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang
tercatat.....
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti
bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah
termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air
matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman
sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku.
"Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak
adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah
pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu
saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan
jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi.
Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut
berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu
untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul
adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara
menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak
seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan
rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang
kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami
berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala
memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh
kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya
sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya
untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku
seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang
lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja
dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak."
kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya
ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai
petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis
sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling
anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak
saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak
ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap
hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal.
Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan
memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di
rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri.
Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji
akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin,
mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria
Tahniah admin.menguploadkan cerita yang menyentuh hati saya...semoga ia mengingatkan kita kpd pengorbanan ...
ReplyDeleteOK