KUALA LUMPUR - Sektor Kebitaraan Kokurikulum, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) dengan kerjasama JPN Sabah akan mengadakan Kejohanan Kebitaraan Olahraaga SKK Peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu pada 12 dan 13 Jun. Semua sekolah SKK yang mempunyai kebitaraan olahraga dijemput menyertainya.
Negeri Terengganu akan diwakili oleh SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Deligasi dua puluh orang peserta dan dua orang guru pengiring dalam perjalanan ke Kota Kinabalu. Saya dan En. Hamid Yahya, Penolong Pengarah Projek Khas/SBP/Kluster yang juga dalam perjalanan ke Kota Kinabalu untuk menghadiri mesyuarat dan meraikan kejohanan tersebut sempat bergambar dengan pasukan olahraga SMK Sultan Sulaiman di LCCT.
Kita berharap Terengganu yang diwakili SMK Sultan Sulaiman dapat meraih pingat justru salah seorang adalah pemegang tiga pingat emas MSSM. Go SS go.
No comments:
Post a Comment