Pengarah dalam ucapan aluan mengajak semua jawatankuasa berganding bahu dalam menyelesaikan apa jua isu-isu berbangkit pendidikan kerana semua wakil adalah kaum kerabat yang bernaung di bawah jenama pendidikan. Menurut beliau sebagai wakil kepada kelompok yang diwakili menjadi tanggungjawab mendapatkan maklumat dan menyampaikan kepada ahli di bawah.
Mesyuarat yang berjalan secara harmoni dan santai berjaya mencari jalan penyelesaian dan tindakan terhadap isu-isu yang kurang jelas selama ini. Semoga berbagai persepsi salah tanggap dan salah sangka dapat dijernihkan. Bahkan yang lebih membanggakan ada kesatuan guru mencadangkan berbagai tindakan tegas dikenakan kepada guru dan pengurus sekolah yang mencemar nama baik perkhidmatan dan integriti guru. Ini merupakan satu fenomena transformasi yang membanggakan kerana pada tanggapan setengah pihak selama ini bahawa kesatuan guru menjadi pembela kepada ahli atau guru yang bermasalah sahaja.
Insyaalah MBJ ini akan diperluaskan di peringkat PPD dan kita berharap wakil-wakil persatuan dan kesatuan dapat memanafaatkan peluang terbaik ini melalui saluran profesional bagi mengemukan dan menyelesaikan masalah yang mereka dan ahli mereka yang juga warga pendidikan kita. Kalau kita tidak bersama membela siapa lagi.
No comments:
Post a Comment