Thursday, June 7, 2012

Siri Bimbingan SBT dan SKK Terengganu

KUALA TERENGGANU - Urusetia SKK dan SBT Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sekali lagi mengadakan program bimbingan selepas siri-siri bimbingan termasuk bersama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK). Program bimbingan kali ini bersama dengan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri yang sememangnya termasuk dalam jadual perancangan urusetia.

Fokus program bimbangan kali ini usaha  memperteguhkan keyakinan dan persediaan sekolah calon menghadapi penilaian panel dengan memahami konsep SKK dan SBT secara mendalam. Program bimbingan ini dibahagi kepada dua segmen. Segmen pertama pembentangan laporan gerakkerja pencalonan SKK dan SBT  dan laporan pembentangan pencalonan di KPM serta  hasil dapatan pemantauan dan bimbingan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah. Sementara segmen kedua oleh Ketua Jemaah Nazir dan Kualiti Negeri berkaitan konsep dan ciri-ciri SKK dan SBT.

Semua Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sekolah calon SKK dan SBT terlibat dengan bimbingan ini. Turut hadir ialah KPP Kanan Sektor Jaminan Kualiti, Ketua Unit Rendah dan Menengah serta Penyelaras dan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah semua PPD. Sesungguhnya kefahaman tentang SKK dan SBT kepada semua pegawai berbagai peringkat memudahkan mereka membantu sekolah-sekolah di dalam kawalan mereka.

Kita sangat percaya melalui bimbingan dan pendedahan berterusan konsep dan ciri SKK & SBT semakin difahami . Lebih penting "roh" atau "aura" pengurusan sekolah cemerlang berasaskan konsep Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dapat dihayati dan dilaksanakan bagi memacu sekolah ke tahap cemerlang dan terbilang.

CALON SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


1.  SM Imtiaz, Dungun
2.  SM Imtiaz, Hulu Terengganu
3.  SM Teknik Terengganu
4.  SMK Chukai, Kemaman
5.  SMK Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu
6.  SMK Rantau Petronas, Kemaman
7.  SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun
8.  SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu 

1.  SK Kampung Raja, Besut
2.  SK Tengku Mahmud 11, Besut
3.  SK Tok Dor, Besut
4.  SK Kampung Fikri, Sungai Tong
5.  SK Mangkok, Setiu
6.  SK Kuala Berang, Hulu Terengganu
7.  SK Tok Randok, Hulu Terengganu
8.  SK Gong Badak, Kuala Terengganu
9.  SK Maktab Perguruan, Kuala Terengganu
10 SK Paka 2, Dungun
11 SK Tepus, Dungun
12 SK Kerteh., Kemaman

CALON SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

1.  SM Imtiaz, Dungun
2.  SM Imtiaz, Hulu Terengganu
3.  SM Imtiaz, Kuala Terengganu
4.  SM Sains Sultan  Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
5.  SM Sains  Kuala Terengganu
6.  SBPI Batu Rakit, Kuala Terengganu
7.  SMK Mak Lagam, Kemaman

1.  SK Tengku Mahmud 11, Besut
2.  SK Sungai Las, Setiu
3.  SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu
4.  SK Seri Berang, Hulu Terengganu
5.  SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu
6.  SK Rantau Petronas, Kemaman. 

PENTING:
Maklumat terkini (8  Jun 2012) bahawa tarikh penilaian panel ialah pada 17 Jun 2012 
dan sekolah terlibat dalam penilaian bagi tempoh ini KLIK

No comments:

Post a Comment