Begitulah juga jika seorang pengurus yang agak tegas dan keras kerana mahu setiap ahli organisasi bertanggungjawab seringkali akan dianggap autokratik dan kurang disenangi. Mungkin cara itu tidak
kena pada masa dan tempatnya maka ianya mungkin dianggap kurang bijaksana. Sesungguhnya jika kita ingin menjadi manusia yang hebat dan matang kita perlu menerima padangan sedemikian dengan hati terbuka.
Kita mungkin pernah mendengar orang berkata keislaman seseorang dalam beberapa dimensi seperti berikut:
- ada orang Islam, Islam dengan mahkluk kafir dengan Allah
- ada orang Islam, Islam dengan Allah tapi kafir dengan makhluk
- ada orang Islam , kafir dengan Allah kafir dengan makhluk
- ada orang Islam, Islam dengan Allah , Islam dengan mahkluk
Begitulah gambaran dan analogi mudah untuk kita membuat pilihan terbaik cara dan kaedahnya walaupun cara itu bukan salah tetapi barangkali kurang tepat dan kurang afdal untuk dijadikan amalan.
Sayang ada antara kita cuba lari dari realiti dan kebenaran semata-mata untuk menjaga hati. Ianya bercanggah dengan hadis Nabi " Katakanlah yang benar walaupun pahit ' (al-Baihaqi). Walau apapun sama ada larangan, teguran, nasihat ataupun bentuk penzahiran niat hendaklah dilakukan dengan bijaksana sebagaimana pesan Nabi. Kebijaksanaan itu bukan sahaja aspek inti atau "content" tetapi juga caragaya bahasa dan intonasi tulisan ataupun percakapan.
Tindak-tanduk kita yang berada dan mendokong aspirasi dunia pendidikan sangat menuntut kebijaksanaan dan wastiyah ini. Pandangan umum guru adalah manusia berakhlak, beradab dan berilmu maka segala tindak-tanduknya mestilah melambangkan kemurniaan dan kebijaksanaan. Itulah cabaran guru antara menjadi penjawat awam, rakyat biasa dan insan bijaksana contoh massa.
No comments:
Post a Comment