Sunday, June 10, 2012

Lawatan Pimpinan Pendidikan daerah Semporna

KUALA TERENGGANU - Barisan pimpinan pendidikan daerah Semporna, Sabah telah mengadakan lawatan penandaarasan ke negeri Terengganu Anjung bermula semalan hingga beberapa hari. Mengikut ketua rombongan Haji Abd. Tahar Haji Abd. Jalil juga sebagai Yang Dipertua Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Daerah Semporna rombongan mereka terdiri dari pegawai PPD, semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Semporna dan Ahli Jawatankuasa Task Force Parlimen Semporna.

Hari ini mereka melawat JPN Terengganu dan Taman Tamaddun Islam. Besok mereka dijangka mengadakan lawatan penandarasan ke SK Tengku Bariah, SMK Tengku Ampuan Intan, PPD Hulu Terengganu dan PPD Kuala Terengganu bagi mencari dan mencungkil kecemerlangan Terengganu dalam bidang pendidikan.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu menyambut dan menyampaikan taklimat kepada rombongan berkenaan. Rata-rata mereka begitu teruja dengan perancangan, pendekatan dan usaha strategik kerajaan negeri Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri hingga berjaya menanam nilai kecintaan terhadap pendidikan dari semua peringkat di samping melonjakkan pencapaian pendidikan .

Kita berharap sekolah-sekolah yang dilawati dapat membina jaringan pintar dengan kepimpinan pendidikan daerah Semporna agar dapat berkongsi kekuatan pengalaman dan perancangan strategik bagi mempertingkatkan pencapaian pendidikan di negeri masing-masing.




0 ulasan:

Post a Comment