Saturday, June 9, 2012

Cuti sekolah dah habis wei !

Minggu depan jalan raya, sekolah, para guru dan ibu bapa akan "sibuk" semula dengan persekolahan anak-anak. Dua minggu jalan raya hendak masuk ke jabatan kami lengang. Minggu pertama cuti terkejut juga  kerana jalan lengang dan lapang tiba-tiba. Baru sedar dan perasan sekolah cuti. Sebelum ini bagai nak rak setiap pagi datang pejabat. Bukan sahaja jalan besar sesak tetapi jalan nak masuk pejabat pun jem kerana sibuk dengan ibu bapa yang  hantar anak bersekolah di sebelah jabatan  kami.

Hari ini dan besok anak-anak yang tinggal di asrama akan pulang. Wow sedih juga ye. Dua minggu mereka berkampung laman depan tv dah nak balik. Dua minggu mereka merengek nak makan itu dan ini. Dua minggu mama atau mak mereka mencari resepi terbaik untuk anak kesayangan. Dua minggu mereka tidur panjang selepas subuh. Dua minggu suasana riuh rendah dengan gelak dan hilai tawa. Dah nak balik. Mama dah merah mata. Angah dah nak balik asrama. Abang Chik dah nak balik asrama. Anak-anak adalah harta abah dan mama. Anak-anak adalah nyawa abah dan mama. Walau pun nak balik asrama tapi terasa sangat 'kehilangan". Ini fitrah kerana "kehilangan" sementara atau kekal sesuatu yang bererti dalam hidup adalah detik paling menyedihkan. Pasti hujung minggu depan mama akan ajak abah pergi melawat angah atau abang chik.

Hari ini dan besok juga sibuk untuk anak-anak membeli keperluan dan persiapan. Kadang tu bila nak naik cuti macam ni semua nak baru. Baju baru la, seluar baru , kasut baru dan peralatan sekolah yang baru. Jangan ikut sangat kerenah anak-anak apalagi tengah bulan macam ni. Mana barang dan peralatan yang boleh pakai, pakai jer. Yang penting semangat hendak belajar dan hendak berjaya. UPSR, PMR, SPM, dan STPM dah tidak lama dah. Tolak cuti hujung mingggu tah beberapa bulan jer lagi. Sudah-sudahlah hendak berseronok, melepak atau buang masa. Ingat siapa yang "seronok" sekarang dia bakal "sengsara" pada masa akan datang. Siapa yang "sengsara' sekarang dia akan "seronok" pada masa akan datang.

Dan insan yang tidak kurang sibuk bila sekolah hendak buka ialah guru. Macam-macam persiapan hendak dibuat. Buat rancangan pelajaranlah. Tanda kertas jawapan dan buku latihanla. Masukkan markahlah. Kadang balik cuti dekat kampung waktu kenduri kendara berpanjangan pun masih sempat mengadap laptop. Persediaan mesti tip-top. Hari pertama naik cuti hari pengajaran-pembelajaran. Bukan hari baru hendak bermula. Silap-silap ada "pelawat" dari Jemaah Nazir, JPN atau PPD yang turun. Apapun jangan mengeluh dan bersungut tentang kerjabuat kita. Itulah kerja yang kita pilih dan cari. Maka kita sewajarnya faham "nature" kerja kita sebagai guru. Pergilah atau bertukarlah ke sekolah manapun itulah "nature" kerja guru; mengurus,mengajar,membimbing.

Lupa pula kepada guru yang baru bertukar ke sekolah baru sama ada bertukar keluar atau bertukar masuk "Selamat bertugas di sekolah baru". Murid di sekolah itu sangat perlukan cikgu. Mungkin suasana dan keadaan berbeza tapi "nature" kerja sebagai guru tetap sama; mendidik dan mengajar.

Okla wei cuti sekolah dah habis ... Bangun !


No comments:

Post a Comment