Kami ingin merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada para pengunjung blog ini iaitu seramai 60 orang yang telah membuat undiaan terhadap "standard" Guru Besar mereka. Setting yang kita tetapkan pengundi hanya boleh mengundi sekali sahaja kecuali mereka menggunakan IP yang berlainan. Pada kami mereka yang cuba mengundi berkali-kali bukanlah jenis yang cerdik dan kami yakin mereka yang mengundi di sini adalah mereka yang ikhlas mengundi berasaskan pengamatan mereka terhadap Guru Besar mereka.
Dari pada 60 orang respondan yang membuat undiaan 9 orang @ 15% mengundi Terbilang. 13 orang @ 21% mengundi Cemerlang dan 23 orang @ 38% mengundi Baik. Sementara 9 orang @ 15% mengundi Sederhana dan 6 orang @ 10% mengundi bahawa Guru Besar mereka Lemah.
Jika kita mengukur standard Guru Besar "baik dan ke atas" bermakna 75% Guru Besar berada pada standard berkenaan dan 25% berada pada tahap Sederhana dan Lemah.Walaupun jumlah yang baik lebih tinggi daripada yang lemah namun fenomena ini agak membimbangkan. Justru itu adalah wajar sekali panel naik pangkat yang bermula dari PPD, JPN dan KPM memilih dan memperaku calon-calon Guru Besar yang benar-benar berwibawa, personaliti yang menarik, berilmu dan berkemahiran supaya standard pengurusan berada pada tahap 100%. Zaman sekadar mengisi borang permohonan dan disenaraikan dalam ranking pemangkuan sudah berakhir. Bahkan dalam Mesyuarat Bersama Jabatan, Pengarah Pelajaran berkali-kali mengingatkan Guru Besar dan PPD agar berhati-hati dalam menilai prestasi agar penilaian benar-benar tepat dan penuh integriti.
Kita percaya Guru Besar yang baik, cemerlang dan terbilang dinilai oleh anak buah mereka berasaskan perkara-perkara berikut:
- Personaliti yang kemas dan menarik
- Berilmu dan berkemahiran dan bidang pengurusan
- Cekap dalam membuat keputusan
- Berlaku adil dalam semua perkara
- Komunikasi berhemah dan berkesan
- Jujur dan penuh integriti
- Menghargai kakitangan bawahan
- Bersemangat
- Berwawasan
- Berfikiran terbuka dan bijaksana
kalu guru besar sumbat dok kang bagus gok???sini GB sumbat xlayak dilantik jadi GB
ReplyDeleteInsyaalah calon-calon Guru Besar akan datang lebih berwibawa kerana mereka ditapis teliti oleh panel..
ReplyDelete