Hari ini sekali lagi kita merayakan "Hari Pekerja". Setiap tahun negara merayakan
hari pekerja sebagai satu penghargaan kepada jasa para pekerja dalam
pembangunan yang kita kecapi hari ini.
Pembangunan sesebuah negara amat bergantung rapat dengan tenaga pekerjanya yang mahir dan bermutu. Tenaga pekerja yang mahir hanya akan dapat diwujudkan menerusi perancangan strategik yang jitu berasaskan kepada sistem pendidikan rapi.
Kemahiran pekerja tidak juga memberi sebarang erti jika pekerja itu tidak memiliki akhlak yang tinggi. Ini kerana tanpanya, pada bila-bila masa dia boleh menjadi pemusnah kepada pembangunan yang dibangunkannya. Ini mengertikan bahawa kemahiran perlu digandingkan dengan ketinggian akhlak dalam diri seseorang pekerja agar dia benar-benar menjadi pekerja yang baik.
Dalam agama Islam, kebaikan seseorang pekerja diukur dengan sejauh mana kemampuan dan kejujurannya dalam melaksanakan kerjanya serta kesempurnaan hasil kerja yang dilakukannya. Dalam hubungan ini, kita dapati ayat 26, surah al-Qasas, menyebut bahawa pekerja yang baik ialah seorang yang kuat (al-qawiyy) dan beramanah (al-amin).
Dalam sebuah Hadisnya, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t. suka apabila seseorang itu membuat satu perkara (pekerjaan) dia melakukannya dengan tekun. Dalam riwayat yang lain baginda menyebut …apabila bekerja dia sentiasa memperbaiki mutu kerjanya" (riwayat al-Baihaqi).
Ayat al-Qur’an dan Hadis tersebut mengisyaratkan kepada 3 ciri penting bagi seseorang pekerja yang baik:
Pertama: Memiliki kekuatan (al-quwwah).

Seseorang pekerja dalam apa jua pekerjaan pun memerlukan kekuatan, iaitu kekuatan tubuh badan dan akal. Kedua-duanya adalah perlu dalam melahirkan hasil kerja yang baik. Kekuatan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah luas dan menyeluruh. Ia bergantung rapat dengan jenis tugas atau tanggungjawab yang dibebankan.
Kekuatan pekerja dalam sesuatu bidang, ertinya kepakaran, kecekapan
dan kemampuan dalam bidang berkenaan yang berbeza dari kekuatan yang
dikehendaki dalam bidang yang lain. Dalam hal ini, Ibn Taimiyyah menegaskan
bahawa kekuatan bagi seorang panglima perang, bererti dia memerlukan keberanian
hati, kecekalan jiwa, mengetahui pentadbiran ketenteraan dan strategi
peperangan serta tipu helahnya. Apa yang disebutkan oleh Ibn Taimiyyah ini
tentunya tidak sama dengan kekuatan yang perlu pada diri seorang ilmuan,
penyelidik atau pentadbir.
Kedua: Memiliki sifat amanah.
Kedua: Memiliki sifat amanah.
Sifat ini merupakan satu keperluan asas pada diri seseorang pekerja. Tanpa memiliki sifat ini, pelbagai penyelewengan akan mudah berlaku. Pembentukan sifat amanah memerlukan kepada pendidikan rohani yang menjurus kepada iman dan taqwa kepada Allah kerana seseorang yang memiliki kedua-dua sifat ini tidak akan mengabaikan apa sahaja tanggungjawab yang diserahkan kepadanya; dia tidak akan mengkhianati agensi atau institusi tempat kerjanya, tidak akan menggunakan kesempatan yang diada-adakan untuk tidak hadir bekerja atau melewatkan kehadirannya, disamping dia tidak akan menyalahgunakan kepercayaan yang diberi dengan melakukan berbagai-bagai penyelewengan seperti menipu majikannya atau menghampakan pelanggannya dan juga orang-orang lain dan sebagainya..
Ketiga: Cekap dalam melaksanakan tugasnya.
Usaha untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir memerlukan masa dan perancangan yang teliti. Kemahiran dalam sesuatu pekerjaan perlu dibentuk menerusi cara latihan yang berterusan dan disusun dengan rapi. Tentunya cara yang seperti ini menjadi tanggungjawab masyarakat dan negara untuk melaksanakannya.
Pekerja yang baik adalah modal insan yang sentiasa perlu dijana. Sama-samalah kita merenungi maksud Hadis baginda s.a.w. : “Sesungguhnya Allah Taala mengasihi hambaNya yang beriman dan berusaha/bekerja (riwayat Ahmad) dan …apabila bekerja, dia sentiasa memperbaiki mutu kerjanya” (riwayat al-Baihaqi)
Dalam Hadis yang lain baginda s.a.w. memberi amaran kepada pihak majikan agar memantau terlebih dahulu kebolehan atau kepakaran seseorang pekerja sebelum dia dilantik. Kebolehan dan kepakarannya hendaklah disesuaikan dengan bidang tugas yang akan diserahkan kepadanya. Dengan itu, pemilihan pekerja adalah berdasarkan kepada kelayakan dan kebolehan pekerja itu sendiri, bukannya merujuk kepada keakraban atau kepentingan lain di sebaliknya. Sabdanya yang bermaksud: “Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya “(riwayat al-Bukhari). Kecelaruan di antara kebolehan pekerja dan dengan bidang tugasnya itulah yang ditegaskan baginda sebagai alat kehancuran di dalam mana-mana organisasi.
Justeru, jadilah diri kita sebagai hamba dan pekerja yang baik kerana ini adalah ibadah yang dituntut.
Selamat menyambut Hari Pekerja 2012 " Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi ".
No comments:
Post a Comment