Saturday, May 26, 2012

Musim kerja kahwin

Cuti sekolah sangat sinonim dengan musim orang buat kerja kahwin, berkahwin dan menerima anak menentu dan ipar duai. Boleh dikatakan "wajib" setiap kita menerima kad jemputan kahwin sama ada daripada saudara mara, kawan, jiran atau masyarakat setempat. Selain dijemput dengan menggunakan kad, ada juga menggunakan facebook, email dan lain-lain cara daripada media sosial.

Bila sibuk kerja kahwin sini-sana ada juga yang teringin nak kahwin lagi.Tambah kuota yang ada. Semuanya kerana mendapat berkat tempias aura orang kahwin. Macam seorang kawan saya. Dah sedia nak kahwinkan anaknya dua orang. Tiba-tiba dia sendiri terkahwin janda anak satu. Apabila kak long isteri tua tahu, berlaku perang besar. Anaknya yang dua orang dikahwinkan yang wajib tanpa kenduri kendara. Lepas semua kerja selesai, isteri sulong diapun bawa anak yang kecil belah. Tinggallah kawan saya macam cicak berak kapur. Oleh itu jangan cari pasal nak kahwin dua kalau tidak cukup ilmu dan buah pencak pendekar silat lidahnya.

Kepada pengantin yang nak berkahwin baik lelaki atau perempuan tuntutlah ilmu memikat hati masing-masing. Zaman ini penuh dengan pancaroba. Banyak yang terdedah dan mendedah menyihir pandangan mata. Apalagi bila mata hati mati, semua kesetiaan dan kejujuran dilongkangkan. Mudah tersungkur di kaki nafsu. Yang perempuan ingat pesan orang tua-tua. Kalau hendak suami sentiasa sayangkan kita buat perkara ini:
  • Jaga perut suami kita yakni masak sendiri makanan untuk suami. Masakan dari rasa kasih sayang dan air tangan kita membuat suami sayang kita. Layan sebaik mungkin masa suami makan. Tak payah nasi kangkang atau nasi tonggeng nak suruh suami sayang. Kalau tidak tahu banyak yang kita boleh belajar terutama dengan ibu mertua kita kerana bagi lelaki masakan paling sedap dalam dunia masakan ibunya dan isterinya.
  • Jaga pakai suami yakni urusan keperluan asas berpakaian. Kita kena tahu mana pakaian yang suami suka atau tidak. Jangan suami suka warna biru kita beli warna hijau. Sebelum suami pakai hendak pergi kerja dah tersedia. Begitu juga bila suami nak mandi dah tersedia tuala dan kain pelikatnya. Jangan biarkan suami tercari-cari macam pencuri. Nanti suami dicuri oleh orang lain yang pandai melayan dan mencuri hati suami
  • Jaga mandi suami yakni mandi "baca"lah tu. Bukan nak suruh sedia air panas atau baby buth. Maksudnya kalau suami nak bersama jangan sesekali menolak jika tiada keuzuran. Setiap masa isteri kena bersedia mental dan fizikal bahawa suami sentiasa hendak "memandu" kereta barunya atau kereta lama yang enginnya bagus dan suspension yang baik. Berilah yang terbaik dan anda akan dapat yang terbaik. Suami tetap rindukan anda, sentiasa hendak balik ke rumah kalau dia ke mana-mana. Setia dan cintakan anda sepenuh hati. Heheheh
Mudahnya jangan buka ruang untuk orang lain mengatasi kehebatan anda sebagai isteri  dalam perkara di atas jika tidak bersedialah untuk anda kehilangan suami anda..

Kepada warga guru yang berkahwin atau menguruskan perkahwinan anak atau saudara mara semoga Selamat Cikgu!



2 comments:

  1. Wahh hebatnya nukilan ini... ;)

    ReplyDelete
  2. Heheheh sekadar perkongsian hasil titipan pemerhatian dan pengalaman untuk menjadikan kehidupan kita sentiasa lebih baik.

    ReplyDelete