Difahamkan, mangsa berusia 30 tahun berkenalan dengan wanita itu sejak awal tahun ini sebelum ditawarkan produk berkenaan yang kononnya lebih murah dan boleh memberikan keuntungan berganda jika dijual semula.
Mangsa menyerahkan wang dalam tempoh tiga hari dengan memasukkan wang pendahuluan dalam akaun bank milik individu tidak dikenali.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, mangsa membuat pembayaran pendahuluan RM45,900 pada jam 2.56 petang, 26 April lalu, di sebuah bank di Kota Bharu.
Menurutnya, pada 27 dan 28 April pula, mangsa membuat pembayaran RM30,000 menerusi akaun sama.
“Mangsa menghubungi suspek untuk berjumpa dan suspek mendakwa berada di Kuala Lumpur pada 28 April lalu untuk urusan pembelian produk itu.
Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, Rabu lalu.
USR Blogger Team : Rasanya bukan sekali dua guru ditipu melalui internet. Mengapa kita tidak pernah belajar dari kes-kes terdahulu? Kita berharap selepas ini tiada lagi manusia bergelar "guru" yang seringkali dianggap "bijak dan cerdik" menjadi mangsa penipu bestari dari dunia ict.
masih ada lagi dalam kalangan guru yang kena tipu,kenapa tidak pernah serik dengan pengajaran lepas-lepas.Berfikirlah dengan waras sebelum melakukan urusniaga maya.....
ReplyDeleteKesian.... cikgu ni bukan guru dalam semua hal...Begitulah kalau nak untung berlipat ganda. Kerja cikgu dah banyak untung.Fokuslah kpd kerja utama kita.
ReplyDelete