Tuesday, May 15, 2012

Peranan pusat sumber sekolah perlu dipertingkat


KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan disaran merangka satu strategi bersama yang komprehensif untuk meningkatkan fungsi dan peranan pusat sumber sekolah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengemukakan cadangan itu berkata, peranan pusat sumber sekolah sebagai nadi budaya membaca di kalangan generasi muda perlu diperkasakan lagi selaras dengan usaha menambahbaik sistem pendidikan negara.

Sehingga kini terdapat 12,382 buah perpustakaan di seluruh negara, yang mana 9,721 buah daripadanya merupakan pusat sumber sekolah dan berdasarkan perangkaan ini, beliau melihat Pusat Sumber Sekolah mempunyai potensi yang cukup besar untuk dipertingkatkan lagi dari segi mutu dan capaian perkhidmatannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan pemilihan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ikon membaca kebangsaan dan penyemarakan kempen nilai-nilai murni 1Malaysia, di Perpustakaan Negara di sini, Isnin.

read more


No comments:

Post a Comment