Tuesday, May 15, 2012

Mesyuarat Penyelarasan Pendaftaran Murid Tahun 1 online

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Pengurusan Murid, Unit Sekolah Rendah telah mengadakan mesyuarat berkenaan bagi mengenal pasti isu-isu dan  masalah dalam Pendaftaran Murid Tahun 1 secara online serta merangka program pemantauan bagi urusan berkenaan. Mesyuarat yang diadakan di PKG Durian Burung, Kuala Terengganu dihadiri oleh pegawai berkaitan dari setiap PPD dalam negeri Terengganu.

Penyelia Kanan Projek Khas/ Asli / Kluster, En. Mat Lazim Noor yang mewakili Ketua Unit Sekolah Rendah dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan pengurusan sekolah yang melaksanakan  urusan ini walaupun penuh kesukaran justru ini merupakan tahun pertama pelaksanaanya. Beliau berharap jawatankuasa dapat menyenaraikan isu-isu yang timbul dan dibawa ke Jawatankuasa Teknikal KPM untuk penyelesaian. Selain dari itu, jawatankuasa boleh mengujudkan Q and A (Question and Answer) untuk mengumpul masalah atau isu dan cara penyelesaian  melalui pengalaman yang dilalui untuk rujukan dan panduan pegawai ataupun pengguna. Beliau juga mengingatkan semua jawatankuasa tentang keperluan semua pegawai menguasai kemahairan dan prosedur online dan peralatan rangkaian seperti broadband untuk membantu dan memantau.  Beliau juga berharap jika berlaku isu besar dalam Pendaftaran Tahun 1 online jangan kerana sekolah kita, ppd kita atau jabatan kita.

Mesyuarat hari ini juga membincangkan :
  • Pertukaran Katalaluan  dan data pengguna  - ada sekolah yang menukar kata laluan tanpa makluman kepada Admin Sekolah, Admin PPD dan Admin JPN hingga menimbulkan masalah untuk mereka yang diberi kuasa dan tanggungjawab melaksanakan tugas dan pemantauan. Sila kembalikan kepada asal dengan kekalkan kod sekolah atau memaklum secara bertulis kepada pihak terbabit password yang ditukar.
  • Siapa pengguna di sekolah - Siaran yang dikeluarkan sebagai sumber kuasa hanya GPK Hem dan Pembantu Tabdir Pengurusan Murid sahaja yang dilantik sebagai admin dan dibenarkan untuk pendaftaran murid Tahun 1 online. Mereka akan dipertanggungjawab sepenuhnya. Guru Data dan EIO hanya memberi bantuan teknikal. Jawatankuasa mengesan peranan admin ini dikonsultansi dengan tidak bertanggungjawab kepada pihak lain.
  • Pemantauan ke daerah dan sekolah bermula 15 hingga 31 Mei 2012 untuk peringkat pertama dan 16 Jun 2012 hingga sesi persekolah tahun 2013 untuk peringkat kedua.
  • Jawatankuasa Teknikal Negeri akan menyediakan panduan atau siaran terperinci  mengenai beberapa perkara.
 Kita berharap tidak ada lagi GPK Hem dan Pembantu Tadbir Murid seperti " buta kayu" setelah surat, taklimat, peringatan dan panduan diberi berhubung Pendaftaran Murid Tahun 1 online.


1 comment:

  1. Salam.

    Sebagai pandangan dan pemerhatian saya sebagai guru biasa.

    Masalah "buta kayu" ni tetap saja berlaku disemua peringkat lebih2 lagi dipihak pentadbiran sekolah. Banyak berlaku tugasan rasmi yang perlu diakses oleh pentadbir sahaja tapi dikongsi bersama guru bawahan, kerana kurangnya kemahiran ICT atau adanya sikap “guru bawahan boleh buatkan”. Itu pemerhatian dan pengalaman saya bertugas dibeberapa buah sekolah.

    Mengapa keadaan ini berlaku? Apakah tidak ada pendedahan atau tidak cukup pendedahan yang diberi atau mungkin sikap dan pangkat yang disandang menyebabkan segala tugasan disalurkan kepada guru bawahan (keadaan ini kebanyakan berlaku dikalangan pentadbir yang kurang kemahiran ICT). Sebab itu lah kalangan pentadbir memerlukan perubahan sikap (ingin menguasai ilmu ICT), yg bukan sahaja diharap dari kalangan guru-guru bawahan tapi dari kalangan pentadbir sendiri. Kadang-kadang KEPIMPINAN MELALUI TELADAN amat dituntut bagi melonjakkan transformasi pendidikan kita. Insyaallah.

    "SELAMAT HARI GURU"

    ReplyDelete