“Nurse,
boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara
dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat
membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan
senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya
berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.
Jururawat
kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang
mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua
cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti
sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan
pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus
berlalu…
Pulang dari
sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah
memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan.
“Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si ibu
menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak
menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan
di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri
walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin
dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu
pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun
berlalu…
“Anakku,
kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan
seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan
berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta
bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya
hilang.
Rakan-rakan
memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak
mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan
tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum
saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini,
saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si
ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah,
masanya akan tiba.”
“Bila?”
tanya si anak.
“Akan tiba
masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus
kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang
ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,
perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap
seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya
tiada.
“Ibumu tidak
pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi
tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia
satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah
pada sesiapa pun kenalannya.”
Si anak
kaku..
No comments:
Post a Comment