Monday, May 14, 2012

Taklimat dan bimbingan pencalonan SBT

KUALA TERENGGANU - Urusetia Sekolah Berprestasi Tinggi, Jabatan Pelajaran Negeri pagi ini telah mengadakan taklimat kepada tujuh buah sekolah Band 1 yang terpilih untuk bimbingan pencalonan SBT pada tahun ini. Taklimat berkenaan telah diadakan di SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Semua pengurus sekolah atau wakil telah hadir.

Ketua Unit Menengah, En. Ibrahim bin Ismail dalam ucapan dan taklimatnya menjelaskan bahawa taklimat hari ini adalah untuk menyelaraskan program pemantauan dan bimbingan pencalonan SBT yang akan diadakan pada hari Khamis, 17 Mei 2012 oleh Urusetia SBT, KPM di SM Sains Sultan Mahmud nanti. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada sebuah sekolah menengah dan enam buah sekolah rendah daripada sekolah Band 1 Terengganu yang terpilih. Sekolah-sekolah ini telah memenuhi kriteria pencalonan secara online bermula 12 Mac hingga 12 April 2012 (bagi SR). Beliau berharap sekolah yang terpilih ini menggunakan peluang sebaik mungkin dan urusetia SBT, JPN akan mengadakan program bimbingan nanti.

Majlis taklimat ini turut dihadiri oleh En. Hamid bin Yahya, Penolong Pengarah Projek Khas/SBP/Kluster dan En. Mat Lazim Noor, Penyelia Kanan Projek Khas/Asli/Kluster. Mereka juga turut menyampaikan taklimat mengenai cara penyediaan power point dan persediaan lain untuk proses verifikasi yang dianggarkan akan diadakan pada Jun nanti.

Tahniah kita ucapkan kepada sekolah yang tercalon untuk SBT ini. Manakala yang tidak berjaya jangan putus asas. Kita menyeru sekolah-sekolah Band 1 yang sudah ada sedikit pengetahuan dan pengalaman mengenai SBT suapaya membuat persiapan untuk masa akan datang. Selain dari itu mana-mana yang telah tercalon sebagai SKK supaya dapat membuat persiapan rapi untuk SKK kerana daripada maklumat awal yang dterima, verifikasi oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti  bagi SBT dan SKK akan diadakan serentak. Senarai sekolah adalah sebagaimana berikut:-
  1. SM Sains Sultan Mahmud  , Kuala Terengganu (SKK)
  2. SK Tengku Mahmud 11, Besut, Terengganu
  3. SK Kampung Fikri, Sungai Tong, Setiu, Terengganu
  4. SK Tengku Ampuan Intan , Hulu Terengganu (SKK)
  5. SK Seri Berang, Hulu Terengganu (SKK)
  6. SK Maktab Perguruan, Kuala Terengganu
  7. SK Rantau Petronas, Kemaman (SKK)
Tahniah dan syabas, semoga senarai SBT Terengganu akan terus bertambah pada 2012.


No comments:

Post a Comment