Thursday, May 10, 2012

Dah hampir seminggu..clowwww !!!!!

Dah hampir seminggu talian telefon dan wireless modem kat rumah "out" akibat ribut petir dasyat yang melanda area Bukit Payong dan yang sewaktu dengannya pada 4 Mei 2012. Aduan semerta telah dibuat. Lepas dua puluh empat jam tiada apa tindakan hantar pula melalui email susulan. Antara jawapan menariknya....

"Merujuk kepada maklumbalas anda bertarikh 5hb Mei 2012 mengenai kerosakan talian tetap dan modem, kesulitan yang dihadapi amat dikesali. Selepas melalukan penyemakan di sistem kami dapati laporan .........  masih dalam status siasatan pihak teknikal. Walaubagaimanapun kami telah memaklumkan e-mel anda kepada pihak teknikal untuk tindakan selanjutnya. Kami amat menghargai sekiranya anda boleh memberi kerjasama dengan memberikan sedikit tempoh masa untuk isu anda diselesaikan.

Kami amat menghargai maklumbalas anda dan akan terus berusaha untuk lagi kualiti perkhidmatan kami.
"

Hingga hari ini 10 Mei 2012, jam 1.15 petang tiada apa sebarang tindakan, tiada makluman apa masalahnya.Mungkin besar kerosakannya. Entahlah. 



Mungkin masa dulu nak rosak setengah tahun kita tidak kisah  kerana hal telefon kita masih ada alternatif untuk gunakan handphone. Tapi kalau talian internet rosak "berukband" yang ada sekor tak mampu yang cover seribu satu macam urusan online. Lagipun "berukband" ni mana ada spesis gagah. Majoriti dah nak kojol dan cloww . Harga tawaran dan benefit yang tidak pernah seimbangpun. Nak update blog, facebook, pembayaran bil, carian data, aplikasi-aplikasi lain lagi. Apalagi sekarang ni sibuk anak-anak dok semak permohonan online. Macam-macam lagi lah. Tiada internet terasa macam sunyi sepi dunia. Macam orang kaya jatuh miskin.


Soalnya sejauh mana kita peka terutama syarikat pembekal dengan keperluan pelanggan. Sejauh mana plan emergensi dan urgensi untuk memberi perkhidmatan tip-top kepada pelanggan. Sejauh mana pelanggan diutamakan. Atau keuntungan menjadi keutamaan nombor wahid. Zaman telah berubah sewajarnya pendekatan penyelesaian masalah mesti berbeza. Mesti "beyond averagge". Kalau clowww macam ni sampai bila tidak maju. Hasrat kerajaan menjadi negara maju tidak tercapai. Wawasan 2020 bakal berkecai.


Justru itu kadangnya bagi memberi perkhidmatan yang kompetitif kepada pelanggan maka kerajaan perlu memperluas peluang dan lesen kepada pelbagai syarikat pembekal agar  yang  terbaik dan terbilang sahaja menjadi pilihan dan yang cloww atau tok rak secetong kita "bungkuskan" sahaja. Zaman pengguna jahil dan bodoh sudah kian berlalu...




No comments:

Post a Comment