Friday, May 4, 2012

Taklimat Pelaksanaan KEDAP Tahun 2012

PUTRAJAYA - Kementerian Pelajaran Malaysia akan terus  melaksanakan Program Kelas Dewasa untuk masyarakat Asli / Penan pada tahun ini sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Waran peruntukan bagi pelaksanaan KEDAP pada tahun ini telah dilulus dan telahpun diturunkan ke JPN yang terlibat. Setiap sekolah akan menerima RM56,250 peruntukan yang meliputi beberapa bidang dengan kadar 30 orang pelajar dewasa untuk satu kelas.

Semalam satu Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan KEDAP Tahun 2012 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Semarak, Sektor Pengurusan Sekolah Rendah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Mulai tahun ini Program Pembangunan Pendidikan Masyarakat Asli/Penan/Pribumi diurusetia oleh BPSH. Sementara di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri diurusetia oleh Sektor Pengurusan Sekolah.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Amat Roslan, Ketua Unit, Sektor Pengurusan Sekolah Rendah telah dihadiri oleh wakil BPG,BPK,IAB, Bahagian Kewangan, Bahagian Akaun dan Pegawai Meja JPN seluruh negera yang mempunyai sekolah kebangsaan seratus peratus murid orang Asli atau sekolah harian yang mempunyai murid orang Asli.

Banyak perkara penting berkaitan pelaksanaan KEDAP yang akan bermula minggu akhir Mei hingga akhir November dibincangkan. JPN negeri akan menyampaikan taklimat kepada Guru Besar Sekolah Asli terlibat dan juga pegawai meja PPD  berkakitan dalam masa terdekat.



No comments:

Post a Comment