Tuesday, May 22, 2012

Lawatan Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster

KUALA TERENGGANU - Bermula hari ini, esok dan lusa beberapa buah sekolah yang baru menerima pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan akan dilawati oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Pegerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster. Beliau bersama pegawai dari Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dan juga pegawai meja kluster Jabatan Pelajaran Negeri akan meninjau program dan isu-isu yang dihadapi bagi mencari penyelesaian terbaik untuk terus melonjak ke tahap terbaik atau lebih tinggi.

Sekolah yang bertuah menerima kunjungan rombongan Tan Sri ialah SM Sains Kuala Terengganu (22 Mei 2012), Sekolah Menengah Atas Sultan Zainal Abidin (23 Mei 2012) dan SK Dusun, Hulu Terengganu (24 Mei 2012)

Dalam pertemuan dengan beliau semalam, Tan Sri juga bercadang kemungkinan untuk melawat SM Sains Dungun, SK Rantau Petronas, Kerteh dan SMK Mak Lagam. Walau bagaimanapun tarikh tidak dinyatakan dengan tepat. Apapun kita berharap sekolah-sekolah ini dan juga sekolah kluster lain sentiasa bersedia menerima pelawat apalagi Pengerusi Penasihat Panel Sekolah Kluster yang sangat kaya dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas.

0 ulasan:

Post a Comment