Tuesday, May 8, 2012

Mesyuarat Penyelaras Sekolah Kecemerlangan

PERLIS - Mesyuarat Penyelaras Sekolah Kecemerlangan (SKK & SBT) diadakan di Hotel Brasmana, Kuala Perlis mulai 7 hingga 9 Mei 2012. Mesyuarat ini merupakan julong kali diadakan dengan penglibatan semua Pengawai Penyelaras Sekolah Kecemerlang di JPN setiap negeri yang terdiri dari Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Mereka sebelum ini dipanggil sebagai Pegawai Meja bagi urusan SKK dan SBT di negeri masing-masing.

Antara perkara utama dan penting mesyuarat kali ini adalah sebagaimana berikut:
  1. Melantik  Jawatankuasa Peringkat Penyelaras bagi menyelaraskan aktiviti berkaitan SKK di peringkat sekolah SKK/ JPN/ Zon/ KPM
  2. Berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan SKT, Fail Meja dan Perancangan Strategik
  3. Menghasilkan satu instrumet pemantauan SKK dan SBT mengikut piwaian ISO
  4. Sebagai platform membantu kebajikan rakan-rakan
Rentetan dari itu beberapa bengkel berkaitan pembinaan instrument pemantauan, SKT, Fail Meja dan perancangan strategik telah dilaksanakan.

Adalah menjadi harapan kita semua melalui penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Sekolah Kecemerlangan pelbagai idea dan pemikiran dapat digembeling bagi membantu KPM, JPN dan Sekolah SKK dan SBT. En Yusof Saari, Penolong Pengarah Projek Khas/SBP/Kluster daripada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah diputus sebulat suara sebagai pengerusi jawatankuasa berkenaan.




No comments:

Post a Comment