Sambil menunggu feri di Kuala Perlis untuk ke airport Langkawi kami bertemu GPK, guru-guru dan murid-murid SBT SK. Sultan Sulaiman 1 yang akan berangkat ke Langkawi. Beruntung anak-anak sekarang, masa di sekolah rendah dah merata menjejak kami ke tempat orang. Seingat saya masa sekolah rendah dan menengah tak pernah ada peluang untuk melawat kerana mak ayah orang susah dan tiada wang. Saya hanya kenal Kuala Lumpur sewaktu mewakili kolej ke satu pertandingan syarahan. Pertama kali naik kapal terbang free sewaktu bertugas di sekolah dan diminta mewakili JPN ke suatu seminar di Melaka. Namun anak-anak kita lebih beruntung apa lagi jika sekolah mereka mendapat pengiktirafan SKK dan SBT mereka lebih berpeluang menyertai lawatan penandaarasan dalam dan luar negara.
Apapun bila ditakrif sebagai suatu perjalanan sama ada perjalanan pergi atau pulang rakan setia cabaran yang harus ditempuh adalah gelombang sama di darat, di laut dan di udara. Kejayaan dan keupayaan menghadapinya
bukan kerana masa dan ruang tetapi minda dan jiwa yang positif, akur setia redha dan amanah. Lelah itu tidak terasakan apabila destinasi menjadi wajah arca dalam minda. Apalagi perjalanan pulang dihujungnya adalah grafik senyum mereka dikasihi bakal menanti...
Sesekali terjentik dalam jiwa nan naif apakah alunan perjalanan pulang terakhir nanti, perjalanan pulang kembali ke hadratMu Ilahi akan ada senyum yang menanti setelah mengharung dugacabaran untuk memenuhi sumpah ikrar dan janji " Bahawa sesungguhnya Engkaulah Tuhan Kami" . Atau bagaimana takdirnya justru terkadang kita sering terkhilaf lalai dalam meniti gelombang perjalanan kehidupan ini. Kami pasrah pada rahmat dan kasih sayangMu Rabbi.
Ampuni dan rahmatilah kami dalam perjalanan pulang terakhir itu nanti Ya Rabbi...
No comments:
Post a Comment