Thursday, May 10, 2012

Tindakan Tatatertib terhadap penjawat awam yang tidak hadir bertugas


KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Ketua jabatan dan penyelia hendaklah mengambil tindakan tatatertib dengan kadar segera terhadap penjawat awam yang didapati bersalah dalam kes ketidakhadiran bertugas.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), JPA tidak akan bertoleransi terhadap penjawat awam yang terlibat dalam kes sedemikian kerana ia boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam secara keseluruhannya.

Katanya ketua jabatan dan penyelia boleh mengambil tindakan dengan merujuk Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas, Buku Kerusi Bersawang dan Setitik Nila yang boleh diperoleh melalui portal rasmi JPA.

"Secara umum, purata penjawat awam yang terlibat dalam kes ketidakhadiran bertugas bagi tempoh 2006 hingga 2010, adalah sebanyak 0.08 peratus berbanding 1.4 juta penjawat awam.

Kenyataan itu turut menyebut JPA telah mengadakan pelbagai seminar, kolokium, sesi dialog, kursus dan taklimat bagi mewujudkan penglibatan ketua-ketua jabatan di peringkat agensi bagi mendapatkan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ketidakhadiran bertugas di kalangan penjawat awam.

-- BERNAMA

Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas. KLIK



2 comments:

  1. Ada juga pegawai yg hadir kemudian keluar minum berjam2...puas pelanggan tunggu.keadaan ni dpt dilihat di pejabat2.lepas punch card, berdyung2 keluar minum...

    ReplyDelete
  2. Patut Ketua Jabatan buat 'speedtrap" dan " sportcheck" macam program basmi ponteng...heheheh ke gane.

    ReplyDelete