Saturday, May 12, 2012

Pelancaran Gegar 5S JPN Terengganu

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu hari ini telah melancarkan Program Gegar 5S. Sempena dengan pelancaran itu satu acara senamrobik dan Gotong-Royong Perdana telah diadakan. Majlis Pelancaran Gegar 5S telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Sektor, Pegawai dan kakitangan JPN telah hadir memeriahkan acara senamrobik dan gotong-royong sempena Gegar 5S ini.

Pengarah Pelajaran dalam ucapan ringkasnya mengajak semua warga JPN supaya mengamalkan konsep 5S dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten. Beliau berkata amalan kebersihan dan kekemasan seperti 5S ini adalah tuntutan agama dan sebenarnya telah kita laksana lama tetapi tanpa perancangan dan kesedaran kendiri yang tinggi. Begitu juga berkaitan kesihatan,  beliau berkata ianya amat penting bagi memastikan kita sentiasa sihat dan cergas agar produktiviti dan kualiti kerja yang baik dapat dihasilkan. Oleh itu tegas beliau senamrobik adalah satu daripada pelbagai cara yang boleh kita lakukan.

Selepas acara senamrobik setiap anggota sektor dan unit melaksanakan kerjap-kerja susun dan sisih di lokasi yang telah ditetapkan. Mana-mana aset yang tidak boleh dipakai atau buku,majalah dan fail tertentu diletakkan di stesyen yang ditetapkan. Bahan yang dibuang ini diurus oleh syarikat kitar semula untuk diproses atau dilupuskan.

Kita amat percaya jika amalan nilai yang ada dalam konsep 5S menjadi sebahagian  budaya dalam kehidupan kita sudah pasti akan wujud suasana yang kemas, bersih dan tersusun.Iklim fizikal yang begini pasti  mampu mengujudkan iklim penyungguhan kendiri yang kondusif. Situasi  seperti pastinya mampu melonjakkan  kualiti dan produktiviti perkhidmatan  ke aras standard yang lebih tinggi.




No comments:

Post a Comment