Tuesday, May 29, 2012

Himpunan Majlis Guru Besar Terengganu

KUALA LUMPUR - Majlis Guru Besar Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri dan Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu telah mengadakan Himpunan Majlis Guru Besar Terengganu bagi memperkukuhkan azam dan iltizam untuk memastikan Negeri Terengganu Anjung Ilmu sentiasa menjuarai keterbilangan dalam pendidikan. Bermula 29 hingga 31 Mei 2012 semua Guru Besar Terengganu berhimpun di Kuala Lumpur International Hotel bagi menjayakan program ini.

En. Zakariah bin Ali, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah yang mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah menyempurnakan perasmian perhimpunan ini. Banyak aspek penting berkaitan visi dan misi kecemerlangan disentuh selain aspek pembangunan kepimpinan sekolah ke arah pencapaian yang lebih cemerlang dan terbilang.

Sepanjang perhimpunan ini mereka akan diberi pelbagai input dan isu kecemerlangan pendidikan serta usaha-usaha strategik yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah masing-masing seperti  ke arah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi serta isu-isu pengurusan bersama Ketua Unit Sekolah Rendah.

Perasmian himpunan Guru Besar Terengganu ini dijangka disempurnakan oleh  YB Exco Pendidikan Negeri Terengganu. Kita berharap himpunan ini memberi impak dan makna ke arah lonjakan kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu.



No comments:

Post a Comment