Friday, May 25, 2012

RM1.5 Juta Bantu Pelajar SPM Persediaan Ke IPT Semenanjung, Sarawak


Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1.5 juta untuk diagihkan kepada 2,577 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai bantuan persediaan ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM925,500 diagihkan kepada 1,851 pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi di Semenanjung.

Sebanyak RM4,000 lagi diagihkan kepada lima pelajar yang akan ke Sarawak, katanya.

Beliau berucap demikian pada majlis penyampaian bantuan persediaan Yayasan Terengganu (YT) ke IPT peringkat matrikulasi dan diploma di Stadium Tertutup Gong Badak petang semalam.

Bagi peringkat diploma pula, sebanyak RM537,000 diagihkan kepada 716 pelajar di Semenanjung manakala RM5,250 lagi kepada lima pelajar yang menyambung pengajian peringkat sama di Sarawak.

 sumber

0 ulasan:

Post a Comment