Sunday, May 13, 2012

Anugerah APC Sektor Pengurusan Sekolah. Tahniah !!!

KUALA TERENGGANU - Tahniah kepada penerima APC Sektor Pengurusan Sekolah bagi Tahun 2011. Majlis ringkas penyampaian APC oleh Ketua Sektor, Pengurusan Sekolah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Alamanda, JPN Terengganu pagi ini. Semua Ketua Unit, pegawai dan staf Sektor Pengurusan Sekolah
hadir.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dalam ucapan ringkas merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada semua staf atas segala jasa dan sumbangan.  Kata beliau kalau boleh semua ingin diberikan anugerah tetapi justru terikat dengan kuota maka sebilangan kecil diiktiraf secara rasmi. Beliau menegaskan tidak bermakna yang tidak diberi pengiktirafan tidak baik dan bagus bahkan mereka mempunyai kebolehan dan kehebatan tersendiri. Beliau berharap supaya kita bersyukur dengan kedudukan kita sekarang kerana ianya telah ditentukan Allah untuk memikul amanah dan tanggungjawab ini.

Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang , SPS 2011.

En. Ibrahim bin Ismail
Ketua Unit Sekolah Menengah 
En.Kamal bin Abdullah
PP Guru Unit Sekolah Rendah
Cik Norhayati Abu Bakar
Pembantu Tadbir, Unit Sekolah Menengah


1 comment:

  1. Croni tu ust him dgn tn kamal...tn jelani dan tn salim x dpt ke...tahniah dan syabas gane2

    ReplyDelete