Hari ni dah 31 Mei rupanya. Tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Terasa pantas kerana banyak urusan penting belum selesai di saat pertengahan tahun sudah menjengah. Mungkin bagi setengah-setengah orang tidak begitu. Maka barangkali pantas atau lambat bukan peralihan minit,jam,hari dan bulan tetapi ialah bagaimana ruang-ruang itu diisi dan dihabisi. Justru agaknya masa hanyalah tanggapan dan ilusi pemikiran kita.
Apapun bulan Mei seperti mana kata Timbalan Pengarah dalam Perhimpunan Jabatan yang kelima adalah bulan yang paling banyak hari penghormatan. Bermula 1 Mei Sambutan Hari Pekerja atau "Labour Day". Hari di mana penjawatan awam dan swasta atau siapa sahaja yang dikategorikan sebagai pekerja diraikan dan diberi penghormatan bagi menghargai jasa dan sumbangan kepada pembangunan negara.Hari ini juga hari semua pekerja khusunya penjawat awam berterima kasih , mengangkat sepanduk menyokong dan bersyukur kepada "goverment on the day". Apalagi hingga hari ini setiap bulan tidak pernah mesin ATM menyekat duit gaji kakitangan awam. Bayangkan jika duit gaji keluar separuh atau tidak keluar langsung. Namun biasalah tabiat manusia yang baik dan bagus payah hendak disebut tapi kalau yang dia rasa susah,payah,perit seluruh dunia dilalakkannya.
Pada Ahad kedua bulan Mei dirayakan pula Hari Ibu. Hari kita menghargai dan mengenang jasa dan pengorbanan ibu kita apalagi saat melahirkan kita di "labour room". Melahirkan seorang anak di labour room yang kemudiannya menjadi pekerja adalah satu saat perjuangan yang hebat. Satu survival yang kritikal. Justru itu Hari Pekerja dan Hari Ibu yang ada hubungkait dengan "Labour" adalah sebenarnya hari mengingati perjuangan dan meraikan kesyukuran kemenanagan. Hari yang sewajarnya dihayati untuk memperbaharui tekad melakukan transformasi ke arah yang lebih baik untuk menjadi ibu yang lebih baik, anak yang lebih taat dan pekerja yang lebih produktif.
16 Mei pula hari meraikan para pendidik atau Hari Guru. Hari Guru bukanlah hanya sekadar mengucapkan "Terima kasih cikgu" tapi adalah hari untuk setiap insan yang berjaya dan menjadi dewasa menghargai jasa guru kerana sejarah bagaimana mereka berjaya bermula mengenal huruf dan angka daripada seorang guru biasa yang dengan lembut sabar mengajar tulis - baca. Tidak kiralah ibunya, guru tadika, guru sekolah mereka adalah guru tersanjung yang sewajarnya dihormati, dibela nasibnya bukan diperlekeh dan naif kepedulian daripada murid yang sedang berkuasa yang pernah dididiknya. Mantan murid pula bukan sembarangan ada yang jadi hakim,peguam, pegawai tadbir, ahli politik dan bermacam-macam lagi.
Bulan Mei juga adalah hari meraikan kaum belia pewaris bangsa atau Hari Belia. Memuliakan belia melalui kecaknaan mendidik dan membina pewaris bangsa dituntut oleh agama. Mahu tidak mahu mereka adalah masa depan agama,bangsa dan negara yang wajib kita tatang dan jaga. Selain itu bulan Mei juga diraikan Hari Wesak ,hari terpenting bagi penganut agama Budha. Hari meraikan dan menghormati kelahiran dan kematian Gautama Budha. Hari Wesak melambangkan hari kebebasan,kasih sayang dan perdamaian di mana pada hari itu penganut Budha melepaskan merpati dan memberi makan fakir miskin.
Kesimpulannya bulan Mei banyak terdapat hari-hari untuk memberi penghormatan kepada mereka gigih berjuang, meraikan kejayaan perjuangan dan mensyukuri nikmat yang diperolehi hasil daripada perjuangan.Hari-hari ini juga adalah hari mengenang budi dan jasa. Hari yang sepatutnya mengangkat mereka ke tahap lebih baik,mulia dan dihormati. Hanya mereka yang sombong, angkuh, bongkak dan tidak mengenang budi tidak merasakan kehadiran hari-hari keramat ini.
Thursday, May 31, 2012
Hidroterapi rawatan istimewa
PASIR PUTEH 30 Mei - Hidroterapi atau terapi air merupakan kaedah rawatan untuk melegakan sengal-sengal badan dan meningkatkan kesihatan fizikal serta minda.
Sejarah hidroterapi bermula dari zaman kuno dan dikatakan terbukti berkesan dalam merawat pelbagai penyakit.
Rawatan hidroterapi dikatakan boleh melegakan sakit-sakit otot dan sendi sengal dan bengkak, memulihkan lengan dan kaki yang cedera, mengurangkan demam, melegakan pening kepala, merawat kulit terbakar, mengurangkan sakit bersalin dan membersihkan kulit bermasalah.
Dalam rawatan itu, suhu memainkan peranan untuk memberi kesan terapeutik, justeru air panas digunakan bagi merehatkan pesakit, manakala air suam untuk mengurangkan tekanan.
Sumber : Utusan online
Wednesday, May 30, 2012
Rilek : Pelajar Berumur 9 Tahun Mempunyai Otak Genius
Seorang guru, Cikgu Murni (Umur:
22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini
bertanya kepada murid tersebut :
"Apa sebenarnya masalah
awak, Abu?"
Lalu Abu menjawab, "Saya
terlalu cerdik untuk berada di Tahun 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya
lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya
berada di tempat yang sama
juga!".
Cikgu Murni dah tak tahan. Dia
bawa Abu ke pejabat Guru Besar. Sementara Abu menunggu di ruang tamu,
Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada Guru Besar. Guru Besar
mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal
menjawab, maka Abu harus kekal di Tahun 4 dan berkelakuan baik. Abu dibawa
masuk ke pejabat Guru Besar dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu
bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Guru Besar: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Guru Besar: Apa 6 x 6?
Abu: 36
Guru Besar terus bertanyakan
soalan-soalan berdasarkan tahap pencapaian murid-murid UPSR dan si Abu
mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu Guru Besar memandang Cikgu
Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di Tahun
6", Lalu Cikgu Murni berkata pada Guru Besar, "Saya ada soalan
saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Guru Besar dan Abu
bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan,
tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar
kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf
"K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk
oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan
berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?
Mata Guru Besar terbuka luas dan
sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki
secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Guru Besar sekali lagi terbuka sangat luas dan sebelum dia sempat hendak
menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan
soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang ke dalam
saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Guru Besar kelihatan resah dengan
soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak
menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan
mendapat saya dahulu.
Guru Besar semakin resah dan
tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz.
Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan
digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi Guru Besar rasa amat resah dengan soalan yang diajukan
oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras.
Hujungnya tajam. Saya akan datang dan
masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Guru Besar menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar
jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid
ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".
Tuesday, May 29, 2012
Himpunan Majlis Guru Besar Terengganu
KUALA LUMPUR - Majlis Guru Besar Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri dan Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu telah mengadakan Himpunan Majlis Guru Besar Terengganu bagi memperkukuhkan azam dan iltizam untuk memastikan Negeri Terengganu Anjung Ilmu sentiasa menjuarai keterbilangan dalam pendidikan. Bermula 29 hingga 31 Mei 2012 semua Guru Besar Terengganu berhimpun di Kuala Lumpur International Hotel bagi menjayakan program ini.
En. Zakariah bin Ali, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah yang mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah menyempurnakan perasmian perhimpunan ini. Banyak aspek penting berkaitan visi dan misi kecemerlangan disentuh selain aspek pembangunan kepimpinan sekolah ke arah pencapaian yang lebih cemerlang dan terbilang.
Sepanjang perhimpunan ini mereka akan diberi pelbagai input dan isu kecemerlangan pendidikan serta usaha-usaha strategik yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah masing-masing seperti ke arah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi serta isu-isu pengurusan bersama Ketua Unit Sekolah Rendah.
Perasmian himpunan Guru Besar Terengganu ini dijangka disempurnakan oleh YB Exco Pendidikan Negeri Terengganu. Kita berharap himpunan ini memberi impak dan makna ke arah lonjakan kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu.

Monday, May 28, 2012
Agenda Pendidikan Bukan Hanya Untuk Sekolah Dan Guru - Raja Nazrin
IPOH, 28 Mei
(Bernama) -- Tanggungjawab melaksanakan agenda pendidikan yang lebih holistik
tidak lagi wajar diletakkan sepenuhnya kepada sekolah dan seratus peratus di
bahu guru, titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.
Baginda bertitah penyertaan umum perlu dalam melaksananakan agenda pendidikan yang merangkumi komponen pembangunan insan secara lahiriah dan rohaniah.
"Tanggungjawab pendidikan tidak akan lengkap dan sempurna jika sepenuh tanggung jawab diletakkan kepada sekolah dan guru. Ibu bapa, keluarga, masyarakat dan pelbagai institusi lain, sama-sama mempunyai tanggungjawab dan wajib melengkapkan tugas guru dan sekolah," titah baginda ketika merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang sempena Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke-39 di sini, pada Isnin.
Sehubungan itu, baginda menggalakkan penyertaan semua pihak dalam program Dialog Nasional Pendidikan Negara yang sedang berlangsung ketika ini.
Program dialog ini bersifat inklusif dengan menggalakkan penyertaan umum, dan ia merupakan langkah bijak selaras dengan semangat yang disuarakan Perdana Menteri bahawa 'Era Kerajaan Mengetahui Semua' telah berlalu, titah baginda.
-- BERNAMA

Ramai penjawat awam tak mampu beli rumah
MACHANG, 27
Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000
sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
"Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus," katanya kepada Bernama di sini, semalam.
Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Jaapar yang juga Pengerusi Cuepacs Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.
"Walaupun ia bukan merupakan tuntutan utama Cuepacs, namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya .
Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan anggotanya.
Sementara itu, beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lepas.
Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB).

Saturday, May 26, 2012
Kita di Malaysia patut bersyukur...
Umat Islam bersembahyang jemaah di Masjid Babri , India yang telah diruntuhkan oleh sekumpulan pelampau Hindu, namun solat berjemaah mereka tetap penuh
"Mereka
boleh membinasakan masjid kami, tapi tidak iman kami."
Di
negara kita Malaysia masjid-masjid berdiri megah, cantik dan indah. Umat Islam
dan agama lain boleh mengamalkannya dengan aman. Bersyukurlah. Namun sayangnya
terkadang jumlah kipas dalam masjid lebih banyak daripada jemaah yang hadir
bersembahyang jemaah. Justru itulah agaknya jiwa umat Melayu Islam kita lemah,
mudah ditipu dan dikelirukan.
Musim kerja kahwin
Cuti sekolah sangat sinonim dengan musim orang buat kerja kahwin, berkahwin dan menerima anak menentu dan ipar duai. Boleh dikatakan "wajib" setiap kita menerima kad jemputan kahwin sama ada daripada saudara mara, kawan, jiran atau masyarakat setempat. Selain dijemput dengan menggunakan kad, ada juga menggunakan facebook, email dan lain-lain cara daripada media sosial.
Bila sibuk kerja kahwin sini-sana ada juga yang teringin nak kahwin lagi.Tambah kuota yang ada. Semuanya kerana mendapat berkat tempias aura orang kahwin. Macam seorang kawan saya. Dah sedia nak kahwinkan anaknya dua orang. Tiba-tiba dia sendiri terkahwin janda anak satu. Apabila kak long isteri tua tahu, berlaku perang besar. Anaknya yang dua orang dikahwinkan yang wajib tanpa kenduri kendara. Lepas semua kerja selesai, isteri sulong diapun bawa anak yang kecil belah. Tinggallah kawan saya macam cicak berak kapur. Oleh itu jangan cari pasal nak kahwin dua kalau tidak cukup ilmu dan buah pencak pendekar silat lidahnya.
Kepada pengantin yang nak berkahwin baik lelaki atau perempuan tuntutlah ilmu memikat hati masing-masing. Zaman ini penuh dengan pancaroba. Banyak yang terdedah dan mendedah menyihir pandangan mata. Apalagi bila mata hati mati, semua kesetiaan dan kejujuran dilongkangkan. Mudah tersungkur di kaki nafsu. Yang perempuan ingat pesan orang tua-tua. Kalau hendak suami sentiasa sayangkan kita buat perkara ini:
Kepada warga guru yang berkahwin atau menguruskan perkahwinan anak atau saudara mara semoga Selamat Cikgu!

- Jaga perut suami kita yakni masak sendiri makanan untuk suami. Masakan dari rasa kasih sayang dan air tangan kita membuat suami sayang kita. Layan sebaik mungkin masa suami makan. Tak payah nasi kangkang atau nasi tonggeng nak suruh suami sayang. Kalau tidak tahu banyak yang kita boleh belajar terutama dengan ibu mertua kita kerana bagi lelaki masakan paling sedap dalam dunia masakan ibunya dan isterinya.
- Jaga pakai suami yakni urusan keperluan asas berpakaian. Kita kena tahu mana pakaian yang suami suka atau tidak. Jangan suami suka warna biru kita beli warna hijau. Sebelum suami pakai hendak pergi kerja dah tersedia. Begitu juga bila suami nak mandi dah tersedia tuala dan kain pelikatnya. Jangan biarkan suami tercari-cari macam pencuri. Nanti suami dicuri oleh orang lain yang pandai melayan dan mencuri hati suami
- Jaga mandi suami yakni mandi "baca"lah tu. Bukan nak suruh sedia air panas atau baby buth. Maksudnya kalau suami nak bersama jangan sesekali menolak jika tiada keuzuran. Setiap masa isteri kena bersedia mental dan fizikal bahawa suami sentiasa hendak "memandu" kereta barunya atau kereta lama yang enginnya bagus dan suspension yang baik. Berilah yang terbaik dan anda akan dapat yang terbaik. Suami tetap rindukan anda, sentiasa hendak balik ke rumah kalau dia ke mana-mana. Setia dan cintakan anda sepenuh hati. Heheheh
Kepada warga guru yang berkahwin atau menguruskan perkahwinan anak atau saudara mara semoga Selamat Cikgu!
Friday, May 25, 2012
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Kita banyak menggunakan perkataan "jangan" atau larangan dalam pendidikan dan perkembangan anak-anak. Jangan panjat nanti jatuh. Jangan sentuh api nanti panas dan terbakar. Jangan main air nanti lemas. Jangan itu.Jangan ini. Jangan! Jangan! Jangan! Sedangkan dalam jiwa anak-anak mereka ingin mencuba dan merasai pengalaman-pengalaman baru setelah mengenal dunia.
Berbeza dengan masyarakat barat yang menggalakkan anak-anak mereka meneroka dan mencuba sesuatu berasaskan "pengalamian pembelajaran" atau "experiencing learning". Mereka mungkin membiarkan kali pertama anak menyentuh api. Apabila terasa panas anak itu pasti menangis. Anak belajar sesuatu bahawa api itu panas. Lain kali mereka tidak akan sewenangnya menyentuh api. Mereka memperolehi satu tanggapan pemikiran berasaskan pengalaman benar yang dilalui.
Anak-anak kita yang kaya dengan bakat dan kebolehan terkadangnya dikuburkan dengan larangan ketakutan. Lantas anak kita bila dewasa takut untuk bertindak. Takut untuk gagal. Takut untuk menerima cabaran. Mereka berjiwa kecil. Kerdil daya saing. Terkurung dalam penjara perasaan atau pemikiran gelap yang kita cipta sejak kecil.
Tahniah kepada angkasawan negara Dato' Dr Sheikh Muszaphar kerana telah melatih dan membiasakan anak yang baru tumbuh gigi dengan menyelam dan berenang. Inilah cara melatih dan mendidik juara. Melenturnya biar dari rebung. Bukan sahaja sifat dan kemahiran fizikal tetapi juga spritual serta pemikirannya. Dari rebung diasuh dan diajar menjadi berani, gigih, cekal dan penuh keazaman.
Mudahan-mudahan cetusan ringkas ini membuka minda kita khasnya guru-guru kita bahawa kaedah pendidikan paling berkesan, efektif dan kekal di jiwa anak-anak ialah melalui "pengalamian dalam pembelajaran". Oleh itu guru seharusnya membimbing dan murid sewajarnya berbuat atau melaksanakannya.

RM1.5 Juta Bantu Pelajar SPM Persediaan Ke IPT Semenanjung, Sarawak
Kerajaan
negeri memperuntukkan hampir RM1.5 juta untuk diagihkan kepada 2,577 pelajar
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai bantuan persediaan ke institusi
pengajian tinggi (IPT).
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM925,500 diagihkan kepada 1,851 pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi di Semenanjung.
Sebanyak RM4,000 lagi diagihkan kepada lima pelajar yang akan ke Sarawak, katanya.
Beliau berucap demikian pada majlis penyampaian bantuan persediaan Yayasan Terengganu (YT) ke IPT peringkat matrikulasi dan diploma di Stadium Tertutup Gong Badak petang semalam.
Bagi peringkat diploma pula, sebanyak RM537,000 diagihkan kepada 716 pelajar di Semenanjung manakala RM5,250 lagi kepada lima pelajar yang menyambung pengajian peringkat sama di Sarawak.

Renungan Jumaat : Hati seeorang ibu
“Nurse,
boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara
dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat
membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan
senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya
berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.
Jururawat
kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang
mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua
cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti
sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan
pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus
berlalu…
Pulang dari
sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah
memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan.
“Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si ibu
menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak
menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan
di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri
walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin
dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu
pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun
berlalu…
“Anakku,
kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan
seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan
berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta
bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya
hilang.
Rakan-rakan
memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak
mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan
tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum
saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini,
saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si
ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah,
masanya akan tiba.”
“Bila?”
tanya si anak.
“Akan tiba
masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus
kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang
ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,
perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap
seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya
tiada.
“Ibumu tidak
pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi
tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia
satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah
pada sesiapa pun kenalannya.”
Si anak
kaku..
Thursday, May 24, 2012
Seronok Wei Cuti Pertengahan Tahun
Mulai esok semua sekolah di Terengganu, Kelantan dan Kedah akan mula bercuti pertengahan tahun selama dua minggu. Manakala sekolah-sekolah di negeri lain esok adalah hari terakhir persekolahan untuk penggal ini. Selamat menikmati cuti penggal pertengahan tahun bagi warga guru dan murid-murid. Sesekali seronok juga jadi cikgu.
Walau bagaimanapun kita percaya hambatan kehendak ke arah kecemerlangan dan keterbilangan pendidikan, sebahagian besar cuti ini dihabiskan guru dan pelajar dengan kelas bimbingan dan kem-kem mata pelajaran khususnya kepada pelajar yang terlibat dengan peperiksaan. Sementara sebahagian pelajar dan juga ibubapa sibuk menghantar anak-anak ke kelas tuisyen bagi memastikan mereka terus cemerlang.
Bagaimanapun kita berharap pihak pengurusan sekolah, guru dan ibubapa dapat merancang pengisian cuti dengan baik dan berkesan. Ruang untuk bersantai, beriadah dan bersama keluarga juga mesti dimanafaatkan. Justru itu pengurus sekolah mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1977 :Tugas-tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah dalam memberi bimbingan atau kerja kepada guru sewaktu cuti penggal persekolahan.
Berdasarkan surat pekeliling ini guru biasa boleh dipanggil bertugas dalam masa cuti penggal dengan syarat jumlah hari bertugas dalam masa cuti penggal itu tidak melebihi separuh (1/2) daripada jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun.Bagaimanapun Guru Besar hendaklah merancang dan menggunakan budi bicara atau kebijaksanaan supaya tidak memanggil guru-guru di pertengahan cuti sekolah. Berilah ruang dan peluang kepada guru secara saksama untuk mereka menghabiskan cuti yang berkualiti bersama keluarga setelah bertugas dengan dedikasi separuh tahun persekolahan ini.
Kita percaya dengan sedikit perihatin, rasa cakna untuk menghargai hak mereka, mereka akan lebih menghormati kita dan berkhidmat dengan penuh dedikasi. Kebajikan juga boleh diertikan sebagai kesediaan kita pengurus sekolah memahami aspek keperluan saikologi, emosi dan spritual anak buah kita. Biarlah dalam kita memburu kecemerlangan dan keterbilangan kita tidak tercicir sifat ehsan dan cakna yang mendalam dengan memberi penghormatan tinggi kepada mereka orang-orang kuat kita kerana nanti mereka akan menghormati kita lebih tinggi dari apa yang mereka perolehi.
Sementara bagi ibubapa cuti sekolah tidak bermakna anak dibiarkan sebebas-bebasnya tanpa pemerhatian dan kawalan. Jangan kerana asbab cuti sekolah anak kita memulakan atau mempelajari sesuatu yang menjadi tragedi panjang dalam kehidupannya. Anak kita adalah amanah dan harta kita. Kehidupan masa depan mereka bergantung kepada perancangan dan tindakan kita hari ini.
Selamat bercuti...

Analisa Isu : Keputusan Naik Pangkat
Apabila YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran mengumumkan 20,053 guru sekolah rendah dan sekolah menengah terlibat dengan kenaikan pangkat dan boleh disemak melalui web KPM maka ramailah terutama yang memohon berharap mendapatkannya. Maklumlah ini pertama kali dalam sejarah kalau tidak silap saya, hal berkaitan naik pangkat boleh diketahui secara online. Tahniah KPM atas transformasi dan inovasi ini.
Selain kita berseronok dengan jawatan naik pangkat dan gaji baru yang lebih lumayan barangkali kita juga tidak harus melupakan rakan seperjuangan yang masih belum tahu untung nasib diri. Ramai rakan guru kita dari kalangan pjj masih belum dilantik walaupun telah lulus dan diperakukan. Ada yang sudah menjangkau dua tahun walhal perkhidmatan hanya bersisa empat lima tahun sahaja lagi. Kita berharap KPM tidak memandang sepi khidmat dan pengorbanan mereka untuk menyahut transformasi bagi mempertingkatkan kualiti diri dan produktiviti perkhidmatan.
Barangkali dalam keghairahan untuk menyemak ada sebahagiannya lupa bahawa keputusan itu hanya untuk naik pangkat secara "Time-Base" bukannya untuk keputusan secara "pemangkuan". Maka yang mohon secara pemangkuan dan yang tidak cukup tempoh "Time Base" atau yang cukup tapi permohonan tidak lengkap atau tidak mohon atau tercicir maka tiadalah dalam senarai itu. Tempoh untuk melayakkan secara Time Base bagi PPLD dan PPS sepertimana berikut :
PPLD : DGA29 – 3GA32 (8tahun) , DGA32 – DGA34 (8tahun) dan DGA34 – DGA38 (5tahun)
PPS : DG41 – DG44 (8tahun) ,DG44 – DG48 (8tahun) ,DG48 – DG52 (6tahun) dan DG52 – DG54 (3tahun)
Harus dingatkan bila sebut sahaja naik pangkat maka segala syarat asas naik pangkat mesti sempurna seperti tarikh istihar harta, tiada tindakan tatatertib dan sebagainya lagi. Secara prinsip penyandang "Time Base" diberi secara KUP (Khas Untuk Penyandang) dan mereka kekal berada di tempat sekarang tanpa perlu berpindah. Jika ada jawatan hakiki yang setara dengan gred Time Base yang disandang mereka boleh dipertimbangkan untuk memegang jawatan hakiki seperti mana pelaksanaan DGA32 (KUP) dan DG48(KUP) sebagai Guru Penolong Kanan. Begitu juga mereka yang sudah memegang jawatan hakiki seperti GPK atau Guru Besar SKM DGA32 apabila mereka mendapat DGA34 (KUP) mereka akan kekal atas jawatan mereka sekarang kecuali jika ada keperluan untuk diamanahkan ke jawatan hakiki yang setara berasaskan kekesongan dan kehendak ketua jabatan.
Sukacita kita ingin mengingatkan GPK sekolah rendah yang memperolehi DGA34(KUP) bahawa jawatan hakiki anda sandang ialah bertaraf DGA32. Oleh itu kuasa yang diberi oleh peraturan dan undang-undang tidak sama dengan jawatan hakiki Guru Besar gred DGA34. Kita tidak mahu mendengar apa-apa aduan mengenai GPK DGA34(KUP) bahawa mereka setaraf dengan Guru Besar dan ingkar perintah atau memperlekeh Guru Besar akibat ketidak fahaman tentang status ini. Dalam sistem kita yang digunapakai hari ini kuasa ditentukan oleh jawatan bukannya gred. Justru sampai bila-bilapun kuasa yang ada pada Guru Besar akan lebih tinggi daripada jawatan lain di sekolah atau apa gred yang ada di sekolah jika tiada perubahan dasar sedia ada. Ada suara dan desakan agar jawatan Guru Besar perlu diserasi dengan gred yang tinggi agar bukan sahaja setara dengan kuasa yang diberi tetapi juga sebagai penghormatan dan mengelakkan kekeliruan. Barangkali ada logiknya KPM mengkaji tranformasi perjawatan pengurusan sekolah rendah ini agar sesuai dengan perubahan tuntutan dan perkembangan semasa.
Setakat analisa ini ditulis dan apa yang kami tahu jawatan hakiki Pengetua yang tertinggi ialah Gred DG52 dan gred hakiki GPK Sekolah Menengah tertinggi ialah DG48. Gred Pengetua yang melebihi DG52 ialah Gred Cemerlang dan berstatus Khas Untuk Penyandang. Sementara gred hakiki tertinggi Guru Besar ialah DGA38 untuk semua Sekolah Kluster dan SBT dan gred tertinggi hakiki GPK ialah DGA34 (dalam proses pelantikan) untuk mereka yang ada di Sekolah Kluster dan SBT sahaja. Selain dari itu gred hakiki Guru Besar ialah DGA34 dan GPK ialah DGA32. Guru Besar atau GPK yang berada lebih tinggi dari gred itu diberi Khas Untuk Penyandang sama ada kerana dapat "Time Base", Guru Besar Cemerlang ataupun mendapat gred siswazah semasa berada dalam jawatan hakiki tersebut.
Kadang-kadang ramai lebih rela berada di gred Time Base kerana tidak mahu dibebani dengan tugas pentadbiran dan mereka juga mampu menikmati gaji yang lumayan. Tetapi jika mereka berhasrat mengejar kerjaya kenaikan pangkat dengan lebih cepat mereka perlu memilih laluan cemerlang atau pemangkuan kerana tempoh menunggu had kelayakan lebih pendek daripada Time Base. Terpulang kepada individu. Apa yang penting kita mampu memberi khidmat dalam apa jua posisi bukannya menyusahkan orang lain dan pengurusan sekolah dengan keegoan atau kedangkalan kita memahami hakikat kedudukan diri sendiri.
Pagi ini saya menerima sms dari seorang Guru Besar SKM berbunyi:...
"Salam.Dpt juga naik ke dga34. Syukur dan terima kasih kpd semua yang terlibat mengurus kumpulan kami ni"
Seorang lagi yang tidak dikenali, mungkin GPK menulis sms ...
"Salam,tuan.dok naik name lagi ke ambe ni ke DGA34 lantikan baru. Manalah tahu kut ada rezeki"
Kedua sms itu mengambarkan perihatinnya kita kepada kerjaya kita. Bagus dan tahniah. Setakat ini hanya " Time Base" sudah dikeluarkan keputusan. Bagi naik pangkat secara pemangkuan masih dalam proses urusan Lembaga Naik Pangkat, KPM. Kita harap bulan Jun keputusan dapat dikeluarkan kerana kita perlukan calon untuk mengisi jawatan Guru Besar yang sudah banyak kosong.
Selain kita berseronok dengan jawatan naik pangkat dan gaji baru yang lebih lumayan barangkali kita juga tidak harus melupakan rakan seperjuangan yang masih belum tahu untung nasib diri. Ramai rakan guru kita dari kalangan pjj masih belum dilantik walaupun telah lulus dan diperakukan. Ada yang sudah menjangkau dua tahun walhal perkhidmatan hanya bersisa empat lima tahun sahaja lagi. Kita berharap KPM tidak memandang sepi khidmat dan pengorbanan mereka untuk menyahut transformasi bagi mempertingkatkan kualiti diri dan produktiviti perkhidmatan.
Kita berharap dengan penjelasan ringkas kita memahami kedudukan yang sebenar dan jika anda mempunyai maklumat dan aviden yang sah dan sahih panjang-panjangkanlah untuk kita kongsi kerana kita tidak mahu
kita tersesat dalam jaringan maklumat yang salah, penuh andaian dan persepsi yang mengelirukan.
Penangan cinta siber, Janda tua kaya rugi RM5 juta
KUALA LUMPUR
- Demi cinta terhadap seorang 'Jeneral Tentera Amerika Syarikat' yang dikenali
menerusi internet, seorang janda tua sanggup menjual harta dan menyerahkan wang
miliknya yang kesemuanya berjumlah RM5 juta kepada kekasihnya itu yang
merupakan ahli sindiket penipuan.
Ibu tunggal warga tempatan berusia 63 tahun itu mengenali suspek pada 2010 menerusi satu ruangan sembang sebelum mangsa dijerat dengan kata-kata manis warga asing itu yang dipercayai didalangi oleh warga negara Afrika.
Mangsa yang memiliki sebuah firma audit di ibu negara dipercayai turut tergoda dengan ahli sindiket itu selepas suspek menunjukkan gambar-gambar wajahnya yang kacak dan mendakwa berusia 50-an.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, dalam perkenalan itu, suspek mengambil kesempatan menawarkan peluang pelaburan di luar negara kononnya menjanjikan pulangan berlipat ganda.
Mangsa yang teruja untuk mendapat kekayaan segera telah menyerahkan wang walaupun tidak pernah menemui suspek.
"Kesemua wang tersebut dimasukkan secara berperingkat sebanyak 30 kali ke dalam beberapa akaun sebelum wang itu dipindahkan ke akaun sindiket," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Izany, kali terakhir mangsa membuat transaksi sebanyak RM50,000 ke dalam akaun suspek adalah pada Ahad lalu.
Sumber : Kosmo online
USR BLOGGER TEAM : Kita harap janda ini bukan dari kalangan warga pendidikan kerana kami telah memberi peringatan agar guru atau kerabat kerja pendidikan tidak terperangkap dengan muslihat dari kecanggihan teknologi dunia hari ini.

Tuesday, May 22, 2012
Lawatan Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster
KUALA TERENGGANU - Bermula hari ini, esok dan lusa beberapa buah sekolah yang baru menerima pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan akan dilawati oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Pegerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster. Beliau bersama pegawai dari Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dan juga pegawai meja kluster Jabatan Pelajaran Negeri akan meninjau program dan isu-isu yang dihadapi bagi mencari penyelesaian terbaik untuk terus melonjak ke tahap terbaik atau lebih tinggi.
Sekolah yang bertuah menerima kunjungan rombongan Tan Sri ialah SM Sains Kuala Terengganu (22 Mei 2012), Sekolah Menengah Atas Sultan Zainal Abidin (23 Mei 2012) dan SK Dusun, Hulu Terengganu (24 Mei 2012)
Dalam pertemuan dengan beliau semalam, Tan Sri juga bercadang kemungkinan untuk melawat SM Sains Dungun, SK Rantau Petronas, Kerteh dan SMK Mak Lagam. Walau bagaimanapun tarikh tidak dinyatakan dengan tepat. Apapun kita berharap sekolah-sekolah ini dan juga sekolah kluster lain sentiasa bersedia menerima pelawat apalagi Pengerusi Penasihat Panel Sekolah Kluster yang sangat kaya dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas.

Monday, May 21, 2012
Zooom Hari Guru Terengganu 2012
Pentas Utama
YB Cikgu Lan (Adun Jabi) bersama Pengarah,
KS Sekolah dan PP Teknik Vokesional
En. Mustafa ( Pengarah Projek Hari Guru 2012)
dan En. Zakariah Ali (KS Sekolah)
Pengerusi dan SU KKGLMSM Terengganu
Mantan Juruacara Hari Guru Negeri dan Kebangsaan
yang kini menjadi admin dan blogger sedang kelebek
hp. Heheheh sapa pulak snap gambor dia ning
Cerah abis stadium..heheheh
Mantan Juruacara Hari Guru Negeri dan Kebangsaan
yang kini menjadi admin dan blogger sedang kelebek
hp. Heheheh sapa pulak snap gambor dia ning
Cerah abis stadium..heheheh
Ketua Pembaca Ikrar Hari Guru Kebangsaan 2009
yang hebat kini bertukar posisi menjadi pembawa
dulang...heheh jangan marah Da. Kehebatan anda
seluruh Malaysia menyaksikannya.
YB Hj. Ramli Noh, Adun Tepoh juga mantan
Pegawai Agama (Kadi) Daerah Marang..
Mantan Pengarah Terengganu yang hebat
dari kiri En.Razali, Tuan Haji Draman, Dato' Mohamad
dan Tuan Haji Ariffin
Hj Rasali Pengarah APMT, YB Hj Ramli,
YBM Dato' Tengku Putera (Speaker) dan
YB Rozi (EXCO Pertanaian)
Ketibaan YAB Menteri Besar Terengganu
Sebahagian jemputan warga pendidikan
Sebahagian pimpinan pendidikan kita
YAB Menteri Besar memakaikan pingat
Tokoh Guru Terengganu kepada
YB Tuan Haji Mohd Nor Othman
Selamat Hari Guru, Terima kasih Cikgu.
Subscribe to:
Posts (Atom)