Sunday, December 30, 2012

Permohonan Baru Guru Bahasa Inggeris Secara Kontrak Di Bawah MBMMBI 2013

Permohonan adalah terbuka kepada mana-mana Guru Bahasa Inggeris yang telah bersara sehingga 31.12.2012 untuk memohon sebagai Guru Bahasa Inggeris Secara Kontrak di bawah MBMMBI Tahun 2013. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas (Lampiran B) serta mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sepertimana siaran iklan tawaran.

Borang dan dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dipanjangkan ke PPD masing-masing dan pihak PPD perlu mengemukan permohonan ke JPN (Unit Sekolah Rendah) selewat-lewatnya 15 Januari 2013.

Bagi mereka yang telah berkhidmat sebagai Guru Bahasa Inggeris Kontrak sebelum ini TIDAK PERLU memohon kerana mereka hanya perlu menunggu kelulusan KPM untuk menyambung semula khidmat dalam tahun 2013 dan pihak JPN akan memaklumkan bila surat berkenaan diterima.

  1. Surat Siaran Iklan Guru BI Kontrak 2013. KLIK
  2. Borang Khas Permohonan . KLIK

1 comment:

  1. Syabas kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terenggnu kerana mengambilberat juga guru kontrak MBMMBI. Dalam mesyuarat Taklimat perkhidmatan guru kontrak mbmmbi di jelaskan fungsi dan peranan guru tersebut. The only state that shows appreciation to these groups of teachers.

    ReplyDelete