KUALA TERENGGANU - Unit Sekolah Rendah dan Unit Prasekolah telah mengadakan bengkel sehari penyelarasan fail meja bertempat di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu hari ini. Semua pegawai dan anggota sokongan kedua-dua unit ini hadir.
Bengkel penyelarasan fail meja ini adalah kesinambungan mesyuarat pengurusan fail meja Sektor Pengurusan Sekolah yang diadakan sebelum ini. Bengkel ini bertujuan untuk menyemak semula senarai tugas dan kesesuaian fail meja yang sedia ada. Selain dari itu ia juga bertujuan menyelaras fail meja Anggota Kakitangan Sokongan dengan Pegawai di kedua-dua unit berkaitan agar lebih tetap dan selari.
Kita berharap dengan penyelarasan senarai tugas dan fail meja ini akan lebih memudahkan kerja seseorang pegawai atau kakitangan terlibat apalagi setelah mereka bertukar ke tempat lain. Pegawai atau kakitangan yang mengambil alih dapat memahami skop dan prosedur tugas yang disandang dengan jelas dan mudah.
No comments:
Post a Comment