Thursday, December 27, 2012

Pertukaran dan Kenaikan Pangkat Pegawai di JPN , PPD dan Sekolah

KUALA TERENGGANU - Menjelang sesi persekolahan Januari minggu depan beberapa pegawai di JPN, PPD dan juga di sekolah terlibat dengan kenaikan pangkat dan juga pertukaran. Pengarah Pelajaran Negeri, En. Zakaria bin Husain dalam satu mesyuarat semalam telah menyampaikan surat-surat kenaikan pangkat dan pertukaran berkaitan.

En. Jelani Sulong, Ketua Unit Sekolah Rendah telah dinaikkan pangkat ke DG48 hakiki sebagai Ketua Penolong Pengarah, Sektor Penilaian dan Peperiksaan menggantikan YM Tuan Hj.Pail bin Tuan Jusoh yang dilantik sebagai pengetua. Manakala En. Rosli bin Chik, Ketua Unit Naik Pangkat dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah menggantikan En. Salim bin Ab. Ghani yang dilantik sebagai Pengetua, SMK Jeram. Manakala Tuan Haji Aziz bin Mohamad, KPP Matematik, Sektor Pengurusan Akademik, Tuan Hj. Mohamad bin Tawan, KPP Sains, Sektor Pengurusan Akademik juga bertukar ke sekolah dilantik sebagai pengetua. Turut terlibat dengan pelantikan pengetua ialah En. Khalid bin Mustafa, Timbalan PPD Hulu Terengganu

Sementara itu beberapa pengetua telah bertukar setara dan beberapa orang penolong kanan telah dilantik sebagai Pengetua. Ini bermakna semua pengetua yang kosong dapat diisi penuh menjelang persekolahan depan.

Selain itu kita juga merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Tuan Haji Ab. Halim bin Haji Hassan, Timbalan PPD Besut yang telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Tuan Haji Sulaiman bin Mohamad, Timbalan PPD Kemaman yang dilantik sebagai Pegawai Pelajaran  Daerah Kemaman dan Tuan Haji Kipayatu Allah bin Dato' Mohd Said, Timbalan PPD Setiu yang dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Setiu. Sementara Timbalan PPD Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu diisi oleh Penolong PPD Pengurusan Sekolah.

Keseluruhan execise ini melibat Pegawai JPN (7 orang), Pegawai PPD (6 orang), Pengetua (16 orang), Guru Penolong Kanan SM (12 orang) dan Guru Kanan Mata Pelajaran (4 orang). Pergerakan berlaku secara berperingkat kemungkinan hingga bulan Mac 2013.

Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada semua yang terlibat terutama kepada Ketua Unit Rendah, En. Jelani Sulong yang telah memberi sumbangan bagi meletakkan Unit Sekolah Rendah serta kedudukan perjawatan pengurusan dan guru sekolah rendah seperti yang ada sekarang. Semoga dengan perubahan dan pergerakan ini pendidikan Terengganu akan lebih gemilang dan terbilang...

No comments:

Post a Comment