Mengikut
ramalan Kalendar Mesoamerican Mayan pusingan bumi selama 5,125 tahun akan tamat
pada 21 Disember 2012 iaitu hari ini. Ekoran ramalan itu, segelintir masyarakat
di negara ini termasuk umat Islam dikatakan membuat persiapan bagi menghadapi
hari terakhir itu termasuk membeli dan menyimpan keperluan makanan. Dalam laporan
akhbar semalam juga ada menyebut sebuah keluarga di Amerika Syarikat telah bersiap untuk
menghadapi hari ‘kiamat’ berkenaan.
Bagaimanapun pakar
kajiselidik kaum Mayan yang berkumpul di Guatemala Jun lepas untuk menjelaskan soal
temberang ramalan kiamat pada 21 Disember 2012. Menurut mereka kalendar purba
itu hanya menjelaskan bahawa ramalan berakhirnya kitaran kalendar astronomi
mereka pada 21 Disember 2012.
Tetapi
ramalan itu diolah sebagai kononnya akan berlaku malapetaka berupa kiamat pada
hari tersebut dan kesempatan diambil oleh pembikin filem untuk meraih
keuntungan dengan terbikinnya filem 2012. Hal ini telah mempengaruhi ramai
orang sehingga mereka benar-benar terpecaya.
Menurut
mereka filem tersebut adalah fiksyen semata-mata saat mengadakan sidang di
Antigua, Guatemala. " Kami menolak 100% hal tersebut " kata Rosendo
Morales. "Ia cuma pengakhiran baktun ke 13 dan permulaan baktun ke
14". Menurutnya, satu baktun memakan waktu 5126 tahun, maka seharusnya ia
diraikan kerana era baru kaum Maya bakal bermula.
Sementara bagi kita umat Islam kepercayaan kepada hari khiamat adalah salah satu rukun Iman dan segala tanda kecil dan besar diperjelaskan dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W sebagai peringatan dan persediaan buat kita. Sememangnya telah banyak tanda-tanda kecil dan sebahagian kecil tanda-tanda besar. Tanda-tanda besar atau hampir khiamat seperti mana berikut:
§
Hijaunya
bumi arafah.
§
Lahirnya
ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah @ perceraian tidak diluluskan
mahkamah.
§
Keluar
sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.(Komputer?)
§
Keluar
asap tebal dibumi hijaz.(Perang Iraq-Kuwait 1990)
§
Munculnya
nabi palsu yang ke 40.(sekarang sudah 38 orang)
§
Diangkat
al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.( pertamanya ilmu faraid)
§
Berlaku
perang besar di kawasan kaukasus (Israel-Turki-Eropah-Russia)
§
Runtuhnya
Ka’abah diserang oleh orang Habshah (Sudan-Etophia-Eriteria) laut merah
kering.
§
3 kali
gempa bumi, (bom nuklear) sekali di timur (Korea utara), sekali di barat(USA),
ketiga di Semenanjung Arab.(oleh tentera New World Order)
§
Keluarnya
suku Yakjuj dan Makjuj.(Gog
& Magog) memakan mayat mayat perang.
§
Bermulalah
kekuasaan Dajjal.
§
Munculnya
Imam Mahdi.
§
Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan Yakjuj Makjuj.
§
Matahari
terbit dari ufuk barat.
§
Terdengar
tiupan sangkakala pertama
Sesungguhnya khiamat itu tetap berlaku kepada kita dan dunia bila tiba masanya. Hanya Allah yang mengetahui. Maka kita perlu membuat persediaan kerana apabila roh bercerai dari badan dan langit bumi digulung "khiamatlah" bagi kita.
semalam tidor nyeyak jeer boss....ahahha
ReplyDeletesalam..izin copy ye, tq =)
ReplyDelete