Sunday, December 9, 2012

Taklimat Pengurusan Program Transformasi Pendidikan

MARANG - Jabatan Pelajaran Negeri melalui Sektor Pengurusan Sekolah sedang mengadakan siri taklimat berkaitan kepada semua Pengetua dan Guru Besar di setiap daerah. Tujuan utama taklimat ini adalah memberi kefahaman mendalam kepada kepimpinan sekolah tentang pelbagai program tranformasi kerajaan khususnya dalam bidang pendidikan dan Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2015 serta Persediaan Pengurusan Persekolahan. Pengetua dan Guru Besar pula perlu memberi taklimat serta kefahaman agar segala hasrat dan aspirasi KPM dapat difahami, dihadzam dan dihayati oleh semua guru selaku kumpulan pelaksana yang berdepan langsung dengan pelajar di peringkat sekolah.

Pengetua dan Guru Besar serta Pegawai dari PPD Marang dan PPD Hulu Terengganu telah memulakan siri jelajah taklimat ini yang diadakan di BTPN Terengganu pada pagi tadi. Kedua-dua PPD Marang dan Hulu Terengganu turut hadir selain Ketua Sektor Pengurusan Sekolah berserta Ketua-Ketua Unit Sektor Pengurusan Sekolah. YM Tengku Mohd Yusuf Tengku Mansor, Ketua Sektor Jaminan Kualiti mewakili Pengarah Pelajaran telah menyampaikan ucaputama.

Beliau yang juga panel JPN Terengganu dalam PPPM telah menyampaikan taklimat yang jelas berkaitan Program Tranformasi Kerajaan, Tranformasi Pendidikan dan juga mengenai Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Beliau berharap pengurus sekolah perlu sentiasa sedia menerima pelbagai perubahan dan berusaha memahami serta mampu melaksana sebaik mungkin.

Sebelum itu Tuan Haji Safruddin Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah mewakili kedua PPD menyampaikan ucapan aluan. Beliau berharap kepimpinan dan pengurusan sekolah dapat memahami dan menyampaikan segala program dan plan pembangunan yang dirancang di peringkat pelaksana. Tegas beliau semua yang dirancang dan dihasratkan KPM tidak akan ke mana tanpa iltizam dan komitmen jitu peringkat sekolah untuk melaksanakannya.

En. Zakariah Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah telah menyampaikan taklimat berkaitan Pengurusan Sekolah terutama isu-isu pengurusan yang ditangani oleh Sektor Pengurusan Sekolah yang berkait langsung dengan Pengetua dan Guru Besar. Beliau mengingatkan Pengetua dan Guru Besar agar sentiasa menjaga integriti serta berhati-hati dalam tindakan kerana mereka sentiasa diperhati dan diteliti. Menurut beliau kes aduan terhadap Pengurusan Sekolah kian meningkat yang mana kadang-kadang kerana isu kesalahan komunikasi kecil sahaja.

Beliau memberikan penekanan agar "pasukan" Pengurusan Sekolah biar sentiasa mantap supaya proses pengurusan persekolahan dan pembelajaran berjalan lancar serta memberi impak besar kepada aspirasi kemenjadian murid. Beliau juga memaklumkan melalui maklumat terbaharu kursus NPQEL menjadi tiket utama dalam proses pelantikan Guru Besar dan Pengetua pada tahun 2014.

Memetik kata-kata juruacara dalam taklimat berkenaan " Kerja meruntuh bukit yang tinggi bermula dengan mengutip batu-batu yang kecil". Dalam dan besarnya maknanya terutama dalam usaha kita membangun pendidikan anak bangsa.



No comments:

Post a Comment