KLANG – Perbuatan kebinatangan
seorang mekanik yang mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas
kasihan memakan diri apabila dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam
menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook.
Suspek berusia 32 tahun tersebut
diberkas pada pukul 8 malam kelmarin di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini
iaitu tempat di mana kejadian dera itu berlaku. Dia diberkas apabila polis
menerima laporan jirannya sejam selepas dia melihat rakaman tersebut.
Difahamkan, ketika serbuan,
suspek berada di dalam rumah itu bersama mangsa tetapi isterinya telah
melarikan diri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang
Utara, Supritendan Jani Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut dihantar ke
Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan pemeriksaan menemui kesan kecederaan
dan calar di badan serta kepalanya.
Katanya, polis percaya mangsa
telah didera oleh bapa tirinya sejak dua bulan lalu.
Sumber : Kosmo
Pesanan USR Blogger :
- Jangan kahwin janda ada anak kalau tidak mahu terima anaknya
- Jangan kahwin kalau tidak sanggup memikul tanggungjawab
- Jangan jadi guru kalau tidak suka kanak-kanak
- Jangan jadi doktor kalau takut dan tidak suka darah
- Jangan jadi askar dan polis kalau takut peluru dan senjata api
- Jangan hidup di dunia Tuhan kalau tidak redha menerima ujian dan dugaan
No comments:
Post a Comment