Senarai GPK untuk Tahun 2013 telah sedia ada untuk setiap daerah hasil dari proses saringan dan pemilihan yang dibuat. Jika ianya tidak mencukup sesi pemilihan kedua akan dilaksanakan nanti. Namun jika calon yang ada dalam senarai dalam 2013 telahpun ditawarkan GPK pada tahun 2012, telah menerima DGA34 Time Base Berasaskan Kecemerlangan pada 2012 dan menerima pelantikan DD41 pada tahun 2012 maka kelayakan mereka untuk dilantik GPK gugur secara automatik. Gred asas GPK Sekolah Rendah hanyalah DGA32 kecuali Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) DGA34 hakiki.
Setakat ini SKK Terengganu dan bekas SKK yang naik kepada SBT (SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Tengku Mahmud, Besut) kedudukan waran perjawatan ialah:
- SK Sultan Sulaiman 1, SK Tengku Mahmud, SK Rantau Petronas, SK Tengku Ampuan Intan, SK Seri Berang dan SK Dusun (SKM) perjawatan Guru Besar ialah Gred DGA38 hakiki.
- Semua sekolah di atas kecuali SK Dusun., GPK1,GPKHEM dan GPKK Gred DGA34 hakiki. SK Dusun hanya GPKHem Gred Hakiki DGA34.
Hasil daripada perubahan waran perjawatan ini bermakna mereka yang berada dalam senarai pemangkuan DG34 boleh ditawar sebagai GPK untuk SKK. Sementara GPK SKK yang berwibawa boleh dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Gred A,B atau SKM A jika dipersetujui panel jabatan. Guru Besar SKK DGA38 hakiki hanya boleh bertukar sesama SKK sahaja.
Sementara calon Guru Besar bagi Tahun 2013 akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM berdasarkan iklan atau permohonan terakhir yang dilaksanakan.
Unit Sekolah Rendah merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Guru Besar lama dan baru, GPK lama dan baru atas komitmen dan usaha kalian bagi tahun 2012. Mana rakan sejawat yang baik dan bagus jadikan ikutan, mana rakan sejawat yang tergelincir dan terpesong pimpin mereka ke jalan yang benar dan lurus...
Senarai Penuh GPK dan Penyelia. KLIK
No comments:
Post a Comment