Sunday, December 23, 2012

Guru SMK Tengku Intan Zaharah rentung sekeluarga



 Tempat kemalangan 
 
KEMAMAN - Empat mangsa dari satu keluarga rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di depan IKBN Kemasik di sini kira-kira jam 1 pagi tadi. Kesemua empat mangsa yang rentung merupakan pemandu kereta dan tiga penumpangnya.

Pemandu yang terbunuh dikenali sebagai Sabiren Sulaiman, 45; dari Batu Pahat, Johor; isterinya, Halina Said, 40; dan dua anak mereka Siti Khalijah, 12 dan Siti Aishah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa dipetik Bernama berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi, keempat-empat beranak itu terperangkap di dalam kereta Kia Sephia yang mereka naiki, mengakibatkan kereta itu terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang.

Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki keluarga terbabit dari arah Kuantan menghala ke Dungun dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh bas berkenaan.

Beliau berkata, kereta itu bertembung dengan bas ekspres dari Kota Baharu, Kelantan menuju ke Melaka sebelum kereta itu diseretbas ekspres kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan.

"Pertembungan itu mengakibatkan kereta yang dinaiki keluarga malang itu terbakar sebelum api menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Empat beranak itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Dungun selepas menghantar anaknya menyertai pertandingan catur.

 Allahyarham Cikgu Sabirin dan keluarga
 
Beliau berkata Mohd Sabirin merupakan seorang guru bahasa Jepun dan mengajar di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah, Dungun dan keluarga itu tinggal di Jalan Tok Mudim, Batu 5 Dungun.

"Ketika kejadian hujan renyai-renyai dan mungkin jalan licin menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaan. Bagaimanapun siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

"Saya mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika memandu di musim hujan ini berikutan jalan licin dan jalan berlopak. Ini kerana dalam tempoh dua minggu ini, dua hingga tiga kes maut dicatatkan disebabkan faktor itu," katanya.

Mayat Mohd Sabiren yang pertama dibawa keluar disusuli Siti Aisyah yang rentung keseluruhan badan, diikuti Halina yang rentung sehingga ke paras pinggang dan yang terakhir Siti Khatijah yang rentung keseluruhan badannya.

Sementara itu Pengarah Pelajaran Negeri, En. Zakariah Husin yang berada di Unit Forensik Hospital Kemaman telah menyampaikan sumbangan semerta Bakep berjumlah RM6,200.00 bagi urusan pengkebumian dan tahlil kepada Pengetua SMK Tengku Intan Zaharah mewakili waris mangsa. Turut hadir juga ialah Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman dan Pegawai Pelajaran Daerah Dungun.

Difahamkan jenazah keempat mangsa akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Batu Pahat, Johor pada petang ini untuk dikebumikan di sama. Bagi pihak warga pendidikan negeri Terengganu kita merakamkan  takziah dan kita sedekahkan Alfatihah.


No comments:

Post a Comment