Dua minggu lagi sekolah akan memulakan sesi Persekolahan 2013. Sehubungan dengan itu beberapa siri pemantauan Akhir Tahun 2012 dan Persediaan Awal Tahun 2013 akan dilaksanakan oleh KPM, JPN dan PPD terutama oleh Pegawai Perhubungan Sekolah. bagi meninjau persiapan pihak sekolah menghadapi permulaan sesi persekolahan agar "First Day First Bell dan First Lesson" dapat dilaksana dengan lancar dan sempurna.
Pegawai Perhubungan Sekolah diarahkan untuk memantau bermula 23 Disember 2012 - 3 Januari 2012 dengan menggunakan instrument pemantauan yang sama dengan KPM serta Borang Maklumbalas PK03-1
Sehubungan itu semua sekolah perlu cakna dan mempunyai tahap kepudilian tinggi terhadap perkara ini dan kita amat yakin ada sekolah yang telah cukup bersedia. Tahniah kita ucapkan. Berikut adalah surat arahan
pemantauan dan jadual untuk makluman dan tindakan.
No comments:
Post a Comment