Monday, December 3, 2012

Surat Tawaran PJJ Siri 5

Tahniah dan alhamdulillah Jabatan Pelajaran Negeri menerima 10 orang lagi guru-guru PJJ yang ditawarkan ke DG41. Ini adalah siri kelima tawaran berkenaan dibuat. Sebagaimana yang kami maklumkan terdahulu,  bahawa tawaran ini turun peringkat demi peringkat. Mana-mana yang masih belum terima harap bersabar.

Sukacita kami mengingatkan  kepada guru-guru yang menerima naik pangkat atau dilantik memegang jawatan hakiki
terkemudian dari tarikh tawaran DG41 agar membuat keputusan bijak yang menguntungkan diri sendiri. Berdasarkan rakan-rakan terdahulu yang berada dalam situasi ini mereka telah dinasihatkan oleh SPP agar menerima DG41 dan menyertakan surat rayuan kepada SPP semasa penghantaran pakej untuk SPP pertimbangkan pindaan tarikh yang anda sendiri cadangkan agar anda boleh kekal berada dalam jawatan hakiki dan sekaligus menikmati  DG41

Jika anda memerlukan pertanyaan, penjelasan dan rayuan anda hendaklah berhubung terus dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran kerana kuasa melantik DG41 terletak di bawah bidang kuasa mereka. Rayuan seelok-elok dibuat secara individu.


Surat-surat tawaran boleh diperolehi mulai sekarang di USR, JPN Terengganu
.Sila tanya  Pn. Bibah Bibi ditalian 09-6213390 di Unit Sekolah Rendah sebelum datang ke Unit Sekolah Rendah.

PJJ Siri 5. KLIK

 

No comments:

Post a Comment