Pengarah Bahagian SBPSK, Tuan Haji Rosland Hussain dalam ucapannya menegaskan bahawa usaha membangun kecemerlangan dan keterbilangan khususnya dalam konteks Sekolah Kecemerlangan adalah usaha perjuangan bersama semua pihak.Justru itu kecemerlangan dari segi perancangan mesti disusuli dengan keterbilangan tindakan. Fokus kita apakah yang kita usaha ada hasilnya (outcome).
Menurut beliau, pencapaian pelajar kita dalam kajian dan ujian oleh Team Study agak lemah untuk menguasai berkaitan soalan High Order Thinking Skill (HOTS) yang mereka berikan. Menurutnya kita perlu membuat perubahan dan penambahbaikan berterusan kerana dunia hari ini terutama dalam bidang pelaburan mereka akan mengkaji "knowlage workers" yang ada di sesebuah negara.
Mesyuarat kali ini juga membincang mengenai perjawatan Guru Besar dan GPK SKK yang telah diluluskanm waran untuk Guru Besar DGA38 hakiki dan GPK DGA34 hakiki. Isunya ada GPK Petang yang berada di SKK belum diluluskan lagi perjawatan. JPN negeri dan BPSBPSK perlu memain peranan dengan Bahagian Sumber Manusia bagi mengatasi keciciran ini. Mesyuarat juga menegaskan bahawa Guru Besar dan GPK yang berada di SKK wajar menikmati anugerah ini bukannya mengisi dengan orang lain.
Selain itu isu pengurusan kewangan SKK juga hangat diperbincangkan terutama mengenai pematuhan pekeliling dan tatacara pengurusan kewangan dan data laporan bulanan tepat yang perlu dihantar kepada BPSBSK dan JPN negeri masing-masing. Antara isu pengurusan kewangan yang perlu diberi perhatian oleh Pengetua dan Guru Besar SKK ialah :
- Sekolah sendiri perlu menghantar permohonan lanjut tempoh bagi wang yang tidak habis pada tahun semasa ke BPSBPSK dan bahagian akan panjangkan ke Bahagian Kewangan KPM. Jika sekolah tidak berbuat demikian kemungkinan wang peruntukan SKK yang tidak habis ditarik balik
- Pembelian harta modal dan perolehan perlu kelulusan dahulu sebelum membuat bayaran atau perbelanjaan
- Pengambilan Jurulatih Kebitaraan (PK Bil 12/2008) yang ada pengalaman dan sijil serta bayaran maksima RM100 sejam kelulusan pengambilan hanya diputuskan Mesyuarat JK Peringkat Sekolah kecuali bagi jurulatih yang hanya ada pengalaman sahaja dan tiada sijil kelulusan pengambilannya perlu kelulusan bahagian.
- Jika RFP telah diluluskan maka hanya perlu patuhi perosidur biasa kewangan kecuali ada pindaan dan perubahan perlu kelulusan bahagian
Perkara lain yang turut dibincangkan berkaitan aktiviti bahagian dan negeri pada 2013, perogram jalinan dan jaringan antarabangsa.
Kita berharap pengurusan pencapaian SKK sentiasa mantap dan terus melonjak terutama untuk menyediakan diri bagi pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi.
No comments:
Post a Comment