PUTRAJAYA 26 Dis. - Sesi
persekolahan 2013, yang akan bermula 1 dan 2 Januari ini mungkin akan
ditangguhkan bagi sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
(Operasi Pendidikan) Sufa'at Tumin berkata, keputusan itu akan ditentukan
Pengarah Pelajaran Negeri berdasarkan maklumat yang diterima melalui Majlis
Keselamatan Negara dan Bilik Gerakan Banjir Negeri.
"Kita akan tengok keadaan.
Tapi setakat ini kita masih belum buat sebarang keputusan kerana ada seminggu
lagi sebelum sekolah bermula, mungkin banjir sudah surut dan sekolah dapat
berjalan seperti biasa pada masa itu," katanya kepada pemberita di sini,
hari ini.
Sufa'at berkata persiapan yang
sepatutnya juga sudah diambil bagi memastikan kelengkapan di sekolah tidak
rosak akibat banjir termasuk kerusi, meja dan komputer. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment