Wednesday, December 26, 2012

Taklimat Ke Arah SKK, di SK Sultan Sulaiman 2




KUALA TERENGGANU - SK Sultan Sulaiman 2 , jiran kepada Sekolah Berprestasi Tinggi, SK Sultan Sulaiman 1 telah menjemput saya selaku Pegawai Meja SKK  JPN negeri untuk menyampaikan Taklimat Ke Arah SKK sempena Mesyuarat Guru yang pertama sesi Persekolahan Tahun 2013 pada pagi ini. Selain input ini mereka juga menjemput Pengerusi PIBG mereka menyampaikan Program Sarana PIBG. Input-input profesiaonal seperti ini  sewajarnya menjadi amalan untuk memperkaya dan memperkasakan pengetahuan guru-guru.

SK Sultan Sulaiman 2 mempunyai potensi besar untuk menyaingi jiranya SBT, SK Sultan Sulaiman 2 justru status fizikal, latarbelakang murid dan bekalan guru terlatih hampir sama. Perbezaannya hanyalah "kemahuan" dan " daya usaha ke arah itu" . Dari segi syarat asas GPS purata GPS 2010, 2011 dan 2012 mereka mencapai 1.92 yakni di bawah 2.0 yang menjadi garis asas kelayakan. Pasukan pengurusan juga nampaknya mempunyai ambisi besar bersatu di bawah satu matlamat ke arah SKK. Sementara guru-gurunya masih muda dan bertenaga di samping PIBG yang nampak supportif. 

Kita sangat percaya jika Pasukan Pengurusan dapat mengatasi isu-isu iklim organisasi yang kurang selesai dan dapat memimpin dan membimbing guru-guru ke arah yang lebih komited SK Sultan Sulaiman 2 mampu bergerak pantas meraih SKK. Apa yang penting kerjasama berpasukan seluruh warga sekolah. Peringkat pertama barangkali membina kefahaman dan kesediaan bergerak ke arah  SKK. Input hari ini adalah langkah proaktif yang berkesan bagi stage pertama ini.

Manakala peringkat kedua menubuh pasukan dan membina plan strategik dengan mengenalpasti peluang dan kekuatan yang ada. Manakala peringkat ketiga melaksanakan perancangan dan mengumpulkan hasil , kesan impak dan aviden sebagai bahan pembuktian.  Bagaimanapun Urusetia SKK negeri akan sentiasa membantu, memantau dan memberi 
khidmat nasihat kepada sekolah-sekolah berpotensi untuk bergerak ke arah SKK dan SBT.

Kita berharap sekolah-sekolah yang ada potensi untuk ke SKK dapat membuat persediaan awal untuk bergerak khususnya SKK Fasa 8 pada tahun depan. Sebagai panduan pihak sekolah boleh download panduan sepertimana di bawah.

Ke arah Sekolah Kluster Kecemerlangan . KLIK

No comments:

Post a Comment