Friday, December 7, 2012

Renungan Jumaat : 12 kesusahan bagi mereka yang meninggalkan sembahyang



Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : 

“Sesiapa yang mempermudah-mudahkan sembahyang terutama sekali sembahyang lima waktu dan jama’ah, akibatnya Allah menurunkan kepadanya dua belas kesusahan sebagai akibat daripada kecuaiannya. Tiga perkara di dunia, tiga perkara di masa sakratulmaut, tiga perkara dalam kubur  dan tiga perkara lagi di hari Qiamat”.

Bermula tiga keburukkan di dunia :

1.   Allah menghapuskan berkat dalam kehidupan dan dalam pendapatan rezekinya.
2.   Allah mencabut daripadanya cahaya orang baik-baik(solihin).
3.   Dia menjadi kebencian dalam setiap hati orang mukmin.

Tiga tatkala hendak mati :

1.   Di cabut rohnya dalam keadaan dahaga walaupun diminum air sesungai.
2.   Tersangat susah & sakit waktu di cabut rohnya.
3.   Ditakuti mati tidak beriman(dipohon perlindungan kepada Allah daripada perkara tersebut).

Tiga di dalam kubur :

1.   Soal Munkar & Nankir dalam keadaan yang menyukarkan.
2.   Menambahkan gelap di dalam kubur.
3.   Di himpit kuburan hingga selisih tulang rusuk.

Dan tiga lagi di hari Qiamat :

1.   Dipayahkan hisab kira bicara amal dunia di hadapan Allah.
2.   Mendapat kemurkaan Allah.
3.   Dimasukkan ke dalam azab Allah.

 

No comments:

Post a Comment