Sunday, December 2, 2012

Pertukaran dan Penempatan Guru Besar dan GPK kuatkuasa 1 Disember 2012

KUALA TERENGGANU - " Sebagai Pengurus Sekolah  Guru Besar dan GPK baru mesti mempunyai visi, wawasan dan halatuju yang jelas untuk dicapai supaya semua kerjabuat kita nanti akan sampai kepada manafaat utama aspirasi khususnya kemenjadian murid", itulah antara intipati ucapan Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, En. Hashim bin Mohd Zain sewaktu menyampaikan ucapan sempena Majlis Penyerahan Surat Penempatan dan Pertukaran kepada Guru Besar dan GPK baru di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu pagi tadi.

Semua calon pemangkuan DG34 sebagai Guru Besar dan GPK Sekolah Kluster/SBT, beberapa Guru Besar yang ditukar setara dan GPK baru calon hakiki dari DGA32 (KUP) telah menerima surat masing-masing daripada Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri. Turut hadir ialah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Pegawai-pegawai dari Unit Sekolah Rendah.

Manakalah sebahagian lain Guru Besar dan GPK yang bertukar kuatkuasa dari tarikh tersebut boleh mendapatkan surat mereka dari PPD masing-masing..Tahniah dan selamat bertugas di tempat baru.

Senarai lengkap.

No comments:

Post a Comment