Tuesday, December 25, 2012

Terengganu dilanda banjir

KUALA TERENGGANU - Berdasarkan laporan terkini  Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara seramai 2,975 mangsa banjir telah dipindahkan ke 55 pusat pemindahan banjir seluruh negeri. Pusat-pusat pemindahan tersebut terdiri dari sekolah, balai raya, masjid, surau dan sebagainya. Sebanyak 55 kawasan dilanda banjir dari Besut hingga ke Kemaman. Selain dari itu akibat banjir yang melanda sebanyak 24 jalan ditutup terutama kepada kenderaan ringan.

 SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu

Tinjaun USR Blogger Team melalui laman sosial Facebook terdapat beberapa buah sekolah di daerah Hulu Terengganu, Setiu, Besut, Dungun dan Kemaman ditengelami air. Kita berharap pengurusan sekolah telah mematuhi arahan membuat persediaan awal menghadapi banjir dan dapat menyelamatkan barang-barang berharga. PPD Hulu Terengganu melalui FBnya meminta Guru Besar dan Pengetua dapat melaporkan status banjir yang melanda sekolah mereka.

 Kawasan SK RKT Seberang Tayor

Sementara itu kami juga baru menerima sms dari GPK Hem, SK RKT Seberang Tayor, Kemaman mengenai banjir yang telah melanda sekolah ini dan hingga berita ini ditulis air dalam kawasan sekolah telah melebihi 2 meter dan memaklumkan magsa banjir yang ada telah dipindahkan ke tingkat yang lebih tinggi. Sebanyak 7 keluarga dengan 13 lelaki dan 14 wanita menjadikan sekolah ini sebagai pusat pemindahan.

 SK Padang Kubu , Kemaman

Semalam dalam siaran berita kita lihat SK Kampung Buluh, Setiu juga ditenggelami air banjir dengan agak teruk. Kita percaya banyak banyak sekolah kita yang ditenggelami banjir yang agak besar dan luar biasa pada tahun ini. Kita percaya ramai kalangan Guru Besar, GPK dan guru-guru serta murid bertungkus lumus untuk memastikan barangan berharga tidak ditenggelami banjir. Mereka mungkin gusar untuk membuat persediaan menghadapi penggal persekolahan depan yang tinggal beberapa hari lagi.

  SK Pasir Raja, Dungun

Kita percaya pihak PPD dan PIBG akan membantu sekolah-sekolah yang dilanda banjir dan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan agar dapat beroperasi apabila surut banjir untuk sesi persekolahan depan. Kami di USR Blogger Team merakamkan terima kasih dan tahniah kepada semua warga sekolah terbabit menghadapi detik sukar ini dan berdoa semoga ujian ini tidak menjejaskan semangat untuk berkorban, berikhtiar, berusaha dan berdoa dalam jiwa insan bernama guru.


0 ulasan:

Post a Comment