" Cikgu, kita harap mesyuarat di sekolah ini tidak perlu lama-lama dan panjang-panjang sampai Sembahyang Zuhur lewat," celah seorang ustaz sambil berdiri sewaktu aku selesai memulakan ucap aluan mesyuarat pertama sebagai Guru Besar baru sekolah itu. Semua mata tertumpu kepada aku dengan penuh debar dan suspen. Mungkin mereka pernah dengan cerita tentang aku. Seorang Guru Besar muda yang tegas dan ambisi sekali.
Aku tersenyum. Pengalaman sebagai GPK,Guru Besar dan NGO sebelum ini banyak mengajar aku erti matang dan bijaksana. Pengalaman sebagai pendebat, pemidato dan instruktor kursus cukup mudah mengatasi situasi yang menggugah ego bagi sesetengah pemimpin autokratik. Pengalaman sebagai pemimpin pelajar yang mesyuarat agung memakan masa masa tiga hari tiga malam dan banyak menjawab bagi pihak persatuan mengajar betapa pentingnya ketenangan dan kebijaksanaan dalam menghadapi tekanan.
" Terima kasih, ustaz. Inilah sahabat yang saya harapkan dalam membantu saya melaksanakan tugas sesuai dengan Firman Allah dalam Surah Ali Imran " Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada
kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang
baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan
keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang
berjaya.' Jika saya menyeleweng sila tegur. Kalau ustaz atau guru-guru tidak tegur atas kesalahan saya maka anda semua bersubahah dan berdosa. Beritahu PPD atau Pengarah Pelajaran jika saya tidak mendengar nasihat dan melakukan kesalahan nyata." dengan tenang dan panjang lebar aku memberi "stroke" motivasi yang paradok dengan kebiasaan berfikir khalayak umum.
Bermula pada detik itu, ustaz ini yang merupakan al-hafiz menjadi rujukan dan sahabat akrab. Apa yang aku cakap aku buat hingga akhirnya ianya menimbulkan keyakinan dan kepercayaan para guru, ibubapa, murid-murid dan masyarakat untuk aku memacu sekolah ke arah lebih terbilang. Aku perhatikan ustaz ini sebahagian masanya banyak dihabiskan di sekolah. Beliau buat perkara yang perlu dibuat dan patut dibuat. Ianya menjadi acuan dan model untuk dicontohi.
Itu adalah sebahagian kecil pengalaman benar yang aku lalui sebagai ketua dan pemimpin di sekolah. Sebagai ketua dan pemimpin kita mesti memandang jauh dan melihat sesuatu dalam pandangan berbeza. Misalnya kita perlukan diagnos persekitaran. Kalau guru besar sebelum kita selalu tinggalkan sekolah tetapi sekolah dapat berjalan dengan baik walaupun tidak cemerlang tentunya sekolah ini akan dapat dipugar potensinya kalau kita sentiasa bersama-sama guru dan warganya . Kita yakin pasti sekolah ini akan mampu melonjak tinggi. Walau apa sekalipun pengetahuan dan kemahiran kita adalah sangat penting. Tanpa memahami dan melakukan sesuatu kita pasti tiada pengalaman yang akan mengasuh kita menjadi manusia yang bijaksana dan bijaklaksana.
Perkara yang paling tidak disukai oleh mana-mana ahli organisasi ialah ketiadaan integriti dan hipokrasi. Seorang ketua yang cakap tidak serupa bikin, kepura-puraan dalam berbagai wajah, tiada ikhlas pastinya melakukan kerjabuatnya tidak bijaklaksana. Justru itu ramai yang berkata bahawa "katakanlah yang benar walaupun pahit". Berasaskan pengalaman, ramai kawan-kawan melahirkan perasaan tidak puas hati tentang GPK dan guru-guru mereka. Bila ditanya pernah tak dipanggil dan berhadapan, mereka tidak melakukannya. Ciri pengecut dan "nak jaga hati melampau" ini sepatutnya tidak ada pada seseorang pemimpin. Aku tidak melalui denai kebiasaan ini. Aku melalui denai lain yang jarang dilalui orang tapi cukup menyeronokan.
Banyak cerita dan pengalaman bagaimana kita mampu menjadi pemimpin yang bijaksana dan bijaklaksana.
Pemimpin sekolah yang disegani kerana sahsiahnya. Pemimpin sekolah yang dihormati kerana ilmu dan kebolehanya. Aku ingin akhir catatan ini dengan kisah ceritera yang diceritakan oleh seorang sahabat mengenai dua tempayan. Tempayan pertama cantik molek tetapi tempayan kedua telah retak. Tempayan-tempayan ini digunakan untuk mengisi air oleh tuannya dari sungai ke rumahnya. Tiap hari tuannya akan mengandar kedua tempayan ini dari sungai ke rumahnya.
Namun setiap kali apabila tempayan-tempayan ini dikandar maka tempayan yang cantik akan sentiasa mengejek tempayan lama kerana sudah buruk, retak dan bocor. Apabila sampai di rumah hanya satu pertiga sahaja air dalam tempayan yang retak itu. Sementara tempayan yang cantik dengan sombong dan bangganya mengatakan dialah yang paling baik dan berguna.
Suatu hari tempayan yang retak dan buruk meluahkan perasaan kecewa dan sedih kepada tuannya agar dia diganti dengan yang baru. Tuannya tersenyum dan menjelaskan dia sengaja tidak mahu menukarnya dengan yang baru kerana ianya sangat memberi manafaat dan berguna. Tuannya memberitahu bahawa beberapa bulan yang lalu beliau menabur biji benih bunga di sepanjang laluan dari sungai ke rumahnya. Biji benih bunga itu tumbuh bercambah dan hari ini merimbun subur dengan bunga-bunga yang cantik kerana beroleh air yang cukup dari tempayan yang retak itu. "Tanpa air dari kamu, tiada bunga yang secantik ini", kata tuan tempayan kepada tempayan yang retak itu. Tempayan retak sangat terharu...
" Walaupun Guru Besar turun dari kayangan atau keluar dari lapisan bumi yang ketujuh tanpa sokongan tuan/puan para guru dan staf sekolah ini siapalah saya. Tidak kira apa gred, tugas dan peranan tuan/puan, tuan/puan sangat bermakna dan memberi sumbangan berguna kepada sekolah ini", kata aku mengakhir mesyuarat pertama sebagai Guru Besar di sekolah baru itu. Mereka dengan wajah ceria tersenyum menerpa bersalaman denganku....
Nikmat membaca, menghayati ceritera tuan....cukup umphh cukup bermakna...
ReplyDeletePengalaman adalah guru dan teman yang tidak pernah menipu kita...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteMenarik membaca petikan ini. Moga pihak berkenaan dapat iktibar daripadanya. Mohon untuk kongsi di blog saya.
Berkaitan kepimpinan ini juga, suka saya kongsi intri yang ada dicatat diblog saya.
KUNCI KEPIMPINAN SEKOLAH YANG BERKESAN
Kunci untuk seseorang itu menjadi pemimpin yang berkesan bolehlah merujuk kepada aspek berikut:
1. Mentaliti
* Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
* Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
* Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak.
* Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.
2. Kemasyarakatan
* Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
* Sikap positif dan terbuka.
* Daya penggerak dan semangat juang yang kuat
* Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.
3. Moraliti
* Mempunyai disiplin diri yang unggul.
* Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
* Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.
Seorang pemimpin juga harus mempunyai:
* Empati - iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
* Kesedaran - akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
* Kebolehan - untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.
Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:
* Harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana....
BACAAN LANJUT DAN LENGKAP BOLEH DIBACA DI LINK INI:
http://cgazmi.blogspot.com/2010/12/kunci-kepimpinan-sekolah-yang-berkesan.html
Terima kasih.
Thanks Cg Azmi atas perkongsian yang baik itu
ReplyDelete